Saturday 27 April 2013

Two state


“TWO-STATE SOLUTION” HARAM DI SISI ISLAM

[SN294] “Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah ini adalah milik umat Islam. Umat ini telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah-darah mereka...Yahudi, simpan sahajalah harta mereka itu. Jika Khilafah telah dimusnahkan suatu hari nanti, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, selagi aku masih hidup, aku lebih rela tertusuknya pisau ke tubuhku ini daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islam. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selama kami masih hidup!” Begitulah jawaban tegas Khalifah Abdul Hamid II kepada Theodore Hertzel, pemimpin Zionis Yahudi yangmenawarkan jutaan wang kepada beliau untuk membeli tanah Palestin dalam rangka untuk mendirikan negara Israel di bumi Palestin. 

Dicatatkan bahawa setidak-tidaknya sebanyak enam kali Theodore Hertzel mengunjungi Istambul, ibukota Khilafah Uthmaniyyah di Turki dalam usahanya untuk membolehkan Yahudi bertempat tinggal di Palestin. Jawaban dan keberanian Khalifah Abdul Hamid ini sangat berbeza dengan pemimpin yang ada saat ini apabila menjawab isu Palestin. Jika Sultan Abdul Hamid dahulu sanggup mati daripada mengkhianati Palestin dengan memberikannya kepada Yahudi, para pemimpin hari ini sebaliknya bermati-matian mengkhianati Palestin dan ingin memberikannya kepada golongan Zionis terlaknat itu. 

Para pemimpin Arab dan dunia Islam lainnya, yang seharusnya berusaha untuk membebaskan Palestin, malah sebaliknya sejak dulu lagi terus-menerus mengkhianati Palestin untuk diserahkan kepada Yahudi. Dalam perkembangan terbaru di Malaysia, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam hebat oleh beberapa pihak, setelah mendakwa wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 26hb Januari 2012 tentang isu Palestin diputar belit oleh media pro kerajaan. Anwar semasa memberi amaran agar pihak-pihak terbabit tidak memutarbelit kenyataannya, menyiarkan semula wawancara tersebut di blognya, 

“In a recent interview with the Wall Street Journal, Mr. Anwar responded to the question of whether he would open diplomatic ties with Israel by stating his “support” for “efforts to protect the security of the state of Israel,” while at the same time backing the “legitimate rights of the Palestinians.” He stopped short of saying he would establish diplomatic relations between the two states - what he describes as a “tricky” issue - and stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognizing the aspirations of the Palestinians….“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear - protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians” [http://anwaribrahimblog.com/2012/01/31/israel-dominates-the-debate-in-malaysia--again/]. 

Dalam menjawab tuduhan ke atasnya, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seterusnya menegaskan, “Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua-Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.Malahan dasar luar Malaysia juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua-Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (General Debate Of The 66th Session Of The United Nations General Assembly) [http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7828-israel-penjelasan-anwar].

Two-State Solution-Sebuah Pengkhianatan Yang Nyata

Apa yang dikatakan oleh Khalifah Abdul Hamid II akhirnya menjadi kenyataan di mana setelah runtuhnya Khilafah, Palestin berjaya diambil oleh Yahudi tanpa sebarang pembayaran. Sesungguhnya persoalan Palestin adalah satu diantara persoalan yang membelenggu umat Islam setelah lenyapnya institusi politik umat Islam yakni Daulah Khilafah yang dihapuskan oleh seorang pengkhianat dan musuh Islam, Mustafa Kamal Ataturklaknatullah. Sejak itu, negeri-negeri umat Islam tercerai-berai dan dipenuhi penderitaan, termasuklah Palestin. Setelah berpuluh tahun menduduki Palestin dengan membunuh dan mengusir ratusan ribu rakyat Palestin, di mana kejayaan Yahudi itu dikecapi antara lain adalah kerana pengkhianatan penguasa umat Islam itu sendiri, kini siri pengkhianatan ini berterusan lagi dengan penerimaan cadangan ‘penyelesaian dua-negara’ (two-state solution) di antara Palestin dan Israel. 

Di dalam Islam, sekiranya Negara Islam berperang dengan negara kufur, memang dibenarkan untuk melakukan perjanjian damai yang dikenali sebagai gencatan senjata. Namun, perjanjian genjatan senjata mestilah dibatasi dengan tempoh waktu tertentu dan tidak boleh bersifat mutlak (selamanya). Ini kerana, memutlakkan waktu gencatan senjata bermakna melalaikan jihad atau dengan kata lain ia akan ‘menghapuskan’ hukum jihad dan ini diharamkan menurut syarak secara qat’ie.Apabila genjatan senjata atau perjanjian dengan orang-orang kafir yang tidak menduduki sejengkalpun tanah kita sahaja tidak dibolehkan kecuali dengan menentukan batas waktu tertentu, maka apatah lagi (minbab al-aula) membuat perjanjian dengan orang-orang kafir yang telah menduduki tanah–tanah kita seperti perjanjian damai dengan Israel atau two-state solution. Perjanjian seumpama ini merupakan suatu pengakuan terhadap pendudukan (perampasan) orang-orang kafir terhadaptanah kaum Muslimin dan ini adalah kemungkaran yang paling besar.

Jika ditelusuri sejarah Islam, kaum Muslimin memang pernah mengalami masa-masa pendudukan oleh puak kuffar, namun mereka menyelesaikan masalah ini sesuai dengan hukum Islam. Contohnya, apa yang terjadi pada Perang Salib, di mana waktu itu kaum Muslimin menandatangani beberapa perjanjian dengan beberapa orang Raja Kristian dan kesemua perjanjianyang dibuat itu hanya bersifat sementara sahaja seperti perjanjian Ramlah yang ditandatangani oleh Salahudin Al-Ayubi. Peristiwa memilukan yang menimpa kaum Muslimin yang mirip dengan realiti kita sekarang ini adalah apa yang berlaku di Andalusia (Sepanyol). Pihak gereja ketika itu mengumpulkan kekuatan untuk melawan kaum Muslimin dengan memanfaatkan faktor-faktor kelemahan dipihak kaum Muslimin, hingga akhirnya puak kuffar berjaya mengusir kaum Muslimin dari Andalusia. Pada waktu itu Abu Abdullah As-Saghir yang memang benar-benar kecil (pengecut) kerana pengkhianatannya, menandatangani perjanjian penyerahan Gharnathah (Granada). Meskipun pengkhianatan ini mendapat protes dari kaum Muslimin akan tetapi dia berkeras untuk menandatangani perjanjian tersebut. Setelah itu orang-orang kafir mengusir Abu Abdullah As-Saghir, lalu dia meninggalkan Andalusia diiringi cucuran air mata. Ibunya mencelanya dengan kata-kata pedas, kerana ibunya termasuk salah seorang yang tidak setuju dengan perjanjian tersebut, “Menangislah engkau seperti para wanita (untuk menangisi) kerajaan yang hilang. Engkau tidak menjaganya selayaknya penjagaan para kesatria”.

Bersetuju dengan two-state solution, selain haram secara nyata, juga merupakan satu kedangkalan berfikir yang nyata. Bagaimana mungkin bagi seseorang yang waras boleh menerima penyelesaian sebegini? Logikkah bagi seseorang tuan punya rumah untuk bersetuju berkongsi rumah dengan perompak yang merompak rumahnya, apatah lagi setelah si perompak membunuh ahli keluarganya?Sungguh termasuk perkara yang ma’lum min ad-din bi adh-dharurahbahawa ketika orang-orang kafir merampas walau sejengkalpuntanah kaum Muslimin, maka jihad menjadi fardhu ain ke atas setiap Muslim sehinggalah tanah tersebut kembali ke tangan kaum Muslimin. Inilah yang dituntut oleh Islam. Malah, umat mana pun yang mempunyai harga diri tidak akan membiarkan tanah negara mereka dirampas begitu sahaja oleh musuh. Sejarah telah membuktikan bahawa penduduk banyak negara berperang apabila negaranya dijajah sehinggalah penjajah dapat diusir dari negara tersebut atau mereka menemui ajal dalam mempertahankan negara mereka. Apatah lagi umat Islam yang mempunyai kemuliaan, di mana agama Islam yang suci ini mengharamkan umatnya dihina, dibunuh dan mengharamkan pula orang-orang kafir menduduki negeri-negeri kaum Muslimin, meskipun hanya sejengkal tanah!

Ada juga sebahagian kaum Muslimin yang menyifatkan perjanjian dengan Israel adalah umpama Perjanjian Hudaibiyah. Sungguh hal ini termasuk di dalam kebatilan yang nyata. Ini kerana Perjanjian Hudaibiyah tidak ada kena mengena dengan penyerahan tanah/wilayah Islam kepada puak kuffarsedangkan perjanjian damai dengan Israel adalah untuk menyerahkan tanah/wilayah Islam kepada kaum terkutuk itu. Two-state solution jelas menerima batas sempadan yang  telah ditetapkan pada tahun 1967 di mana hal ini bermaksud penerimaan atau keredhaan di atas pendudukan Yahudi di tanah Palestin. Sesungguhnya Israel adalah sebuah negara haram dan tidak boleh wujud di muka bumi ini. Satu-satunya perjanjian damai yang dibolehkan dengan kaum terlaknat itu adalah sekiranya mereka bersetuju untuk kembali menjadi ahlu dzimmah seperti di zaman Daulah Islam dahulu, dimana mereka wajib membayar jizyah dengan penuh ketundukan kepada Islam.

Penyelesaian Masalah Palestin Hanya Dengan Jihad Dan Khilafah

Sesungguhnya pengkhianatan para pemimpin umat Islam terhadap Palestin sudah tidak terkata lagi. Jangankan untuk membantu masalah Palestin, melindungi Masjid Al-Aqsa yang sedang menghadapi ancaman keruntuhan akibat pembinaan terowong di bawahnya pun tidak dilakukan oleh para penguasa umat Islam, termasuklahPihak Berkuasa Palestin itu sendiri. Padahal, mereka sedar bahawa Palestin adalah tanah suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Mereka menganggap seolah-olah persoalan ini tidak terlalu penting kerana yang lebih penting bagi mereka adalah mencipta‘perdamaian’ atau perjanjian damai dengan Israel. Para penguasa kaum Muslimin semuanya bacul dan tidak ada yang berani melawan Israel, meski hanya dengan kata-kata, tidak sebagaimana Khalifah Abdul Hamid II yang sanggup menggadaikan nyawanya demi mempertahankan tanah suci Islam itu. Apa yang ‘berani’ dikeluarkan oleh mulut pemimpin umat Islam sekarang hanyalah berupa sedikit kecaman terhadap Israel atau resolusi-resolusi kosong yang tidak bermakna, itupun dilakukan sekadar untuk menutupi pengkhianatan mereka terhadap Palestin di mata rakyat mereka. 

Apa yang lebih parah dari itu, beberapa pemimpin Islammalah mengakui keberadaan Israel, baik secara langsung mahupun tidak langsung dan mendorong Pihak Berkuasa Palestin serta umat Islam yang lain untuk menerima two-state solution, yang bermakna mengakui kewujudan negara haram Israel.Sikap para pemimpin Arab dan para pemimpin dunia Islam lainnya pada umumnya tercermin pada OIC di mana merekasemuanya tidak setuju dengan langkah berjihad untuk membebaskan Palestin. Sebaliknya mereka menekan rakyat Palestinagar terus duduk semeja berunding dengan penjajahIsrael. Sungguh jijik apa yang mereka lakukan! 

Sejauh ini, penyelesaian masalah Palestin banyak bersandar pada arahan Barat. Kuartet Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Russia dan PBB terus-menerus menyodorkan road map plan (peta jalan damai). Isi peta jalan damai ini berdiri atas tiga perkara yang harus dilalui dalam penyelesaian masalah Palestin. Tahap pertama (hingga Mei 2003), Palestin harus mengakhiri segala bentuk aktiviti ketenteraan, melakukan reformasi dan pilihan raya, manakala Israel harus menarik pasukannya dan membekukan pemukiman Yahudi di wilayah Palestin. Tahap kedua (Jun-Disember 2003) melibatkan pembentukan negara Palestin merdeka, termasuk di dalamnya adalah penganjuran konferens antarabangsa. Tahap ketiga (2004-2005) adalah penganjuran konferens antarabangsa kedua, kesepakatan status akhir dan penamatan konflik, kesepakatan mengenai perbatasan, penyelesaian masalah Jerusalem, pelarian dan pendudukan, serta dijalinnya normalisasi hubungan antara negara-negara Arab dan Israel. Sebelum ini, terdapat jugausulan perdamaian dalam bentuk Konferens Madrid (Oktober 1991) dan Perjanjian Oslo (September 1993). Namun semua itu tidak mendatangkan manfaat apapun bagi Palestin, kecuali krisis demi krisis yang terus memakan korban kaum Muslimin di sana.

Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa tidak mungkin krisis Palestindapat diselesaikan melalui perundingan damai dengan Israel. Ini adalah kerana, perjanjian damai yang terjadi selama ini tidak pernah menyentuh persoalan dasar dari krisis yang berpanjangan ini. Tambahan lagi, puak kuffar Yahudi bukanlah jenis manusia yang patuh kepada perjanjian, malah sebaliknya mereka adalah kaum yang terkenal suka melanggar perjanjian sejak dari zaman para Nabi lagi. Dan secara hakikatnya, pangkal masalah Palestin sebenarnya adalah perampasan tanah Palestin oleh Israel dengan dukungan British, AS dan PBB. Jadi, bagaimana masalah akan dapat diselesaikan sekiranya kita mengharapkan si perampas untuk menyelesaikannya? 

Selain meletakkan harapan kepada AS, para pemimpin Muslim yang khianat juga masih terus mengharapkan PBB untuk menyelesaikan masalah Palestin. Mereka seolah-olah orang yang buta dan pekak yang tidak mengetahui sejarah dan realiti bahawa PBB adalah sebuah badan kufur yang ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam. Apa sahaja resolusi yang ingin dikeluarkan oleh PBB ditentukan oleh sikap negara yang memiliki veto terutamanya AS. Sudah berapa banyak resolusi terhadap Israel yang gagalkerana diveto oleh AS, termasuklah resolusi terhadap Israel yang menyerang Gaza baru-baru ini yang telah mengorbankan lebih dari 1300 penduduk Gaza.Tercatat sejak tahun 1972 hingga tahun 2009, lebih dari 68 resolusi PBB yang berhubung dengan kewujudan Israel di Palestintelah diveto oleh Amerika. Justeru, suatu tindakan yang penuh sia-sia, malah haram dan berdosa sekiranya umat Islam mengharapkan bantuan kuffar AS dan PBB untuk menyelesaikan masalah Palestin.

Untuk menyelesaikan masalah Palestin, kita tidak boleh lari dari mesti memahami apakah sebenarnya “masalah” Palestin? Sesungguhnya masalah Palestin adalah “masalah tanah umat Islam yang dirampas oleh Yahudi”, inilah masalah Palestin!Justeru, penyelesaiannya adalah dengan mengambil balik tanah yang dirampas ini dengan jalan memerangi dan mengusir perampas keluar dari tanah suci ini. Sebarang perjanjian damai yang cuba dilakukan adalah  pengkhianatan kepada Palestin kerana ia ibarat berdamai dengan perompak dengan malah memberikan barang rompakan (barang milik kita) kepadanya. Sungguh hal ini adalah satu kemungkaran dan keharaman yang nyata!Umat Islam tidak ada pilihan lain selain mengusir Israel dari bumi Palestin. Para pemerintah Muslim wajib menghantar tentera untuk berjihad di bumi Palestin. Palestin hanya boleh dibebaskan dengan jihad fi sabilillah. Itulah yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan juga Salahuddin Al-Ayubi tatkala membebaskantanah suci itu dari puak kuffar. Tentera kaum Muslimin wajib berjihad melawan Israel dan mengusir mereka dengan penuh kehinaan dari bumi yang diberkati itu.

Dalam masa yang sama, oleh kerana kita mengetahui bahawa pemimpin yang sedia ada hanyalah para pengkhianat yang tidak akan menggerakkan tentera untuk ke Palestin, maka wajib bagi kaum Muslimin untuk membangun sebuah kekuatan alternatif yang bakal mengajar bukan sahaja Israel, malah negara-negarayang menjadi pelindung negara haram itu. Kekuatan alternatif itu tidak lain adalah Daulah Khilafah yang lenyap sejak 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) yang InsyaAllah akan muncul semula atas usaha kita bersama. Negara inilah yang akan mempersatukan umat Islam seluruh dunia dan akan membebaskan Palestin, Masjid Al-Aqsa dan lain-lain tanah umat Islam yang dirampas oleh golongan imperialis. 

Khatimah

Sungguh hinalah para pemimpin Islam yang ingin mempertahankan Yahudi melalui two-state solution, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telahpun menjanjikan kebinasaan kaum terlaknat itu dari muka bumi ini, 

“Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak akan datang hari Kiamat hingga kaum Muslimin memerangi Yahudi. Maka kaum Muslimin memerangi mereka hingga mereka bersembunyi di balik batu dan pepohonan. Namun batu danpepohonan itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi ada di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia, kecuali pohon gharqad kerana ia adalah pohon orang Yahudi” 
[HR Muslim & Ahmad].

Sesungguhnya para pemimpin yang ada sekarang tidak akan melakukan hal ini, justeru siapakah yang akan membenarkan hadis Rasulullah SAW dan memerangi Yahudi ini sekiranya bukan Khilafah dan tenteranya? 

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment