Sunday 21 April 2013

Palestine di tipu


PALESTIN DI PBB – ANTARA TIPU DAYA DAN PENGKHIANATAN

[SN329] Pada hari Khamis 29 November 2012, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota (a non-member observerstate) dalam badan dunia itu. Keputusan ini telah mencetuskan suasana meriah di Tebing Barat apabila beribu-ribu orang meraikannya dengan melepaskan tembakan ke udara dan bersorak di bandar Ramallah. Pengiktirafan yang disifatkan Abbas sebagai 'sijil lahir' untuk negara Palestin itu mendapat undian 138 daripada 193 negara anggota PBB. Sembilan negara termasuk AS dan Israel menentang undi tersebut, manakala 41 lagi negara seperti Britain dan Jerman, mengambil pendirian berkecuali. Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaiktaraf daripada entiti pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota iaitu sama seperti status yang dimiliki oleh Vatican City. Menurut Abbas, pengiktirafan itu akan digunakan sebagai landasan kepada penyambungan semula rundingan secara langsung dengan Israel yang telah dibekukan selama lebih dua tahun. AS dan Israel segera mengecam undian itu dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkannya sebagai ‘tidak produktif’. Netanyahu pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang ‘tidak akan membawa makna’ dan menuduh Abbas menyebarkan ‘propaganda palsu’ ke atas Israel dalam ucapannya di perhimpunan Agung PBB itu. Dalam perkembangan yang sama, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff berkata, “Kami juga mengalu-alukan resolusi yang meningkatkan status Palestin sebagai negara pemerhati PBB. Ucapan tahniah kepada Palestin” [UM 01/12/12]. 

Begitulah senario terkini isu Palestin yang, walaupun disambut dengan gembira oleh sesetengah pihak, sungguh memedihkan hati mereka yang beriman. Apa tidaknya? Ini kerana negara “Palestin” yang diusahakan oleh pemimpin Palestin sehingga mendapat pengiktirafan PBB itu hanyalah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sahaja, iaitu tidak sampai 20% dari keseluruhan wilayah Palestin. Tindakan oleh pemimpin Palestin ini sebenarnya menunjukkan bahawaia - (i) mengiktiraf dan mengukuhkan lagi kewujudan dan kedudukan negara haram Israel; (ii) memberi/melepaskan tanah Palestin kepada entiti haram Yahudi – sebuah dosa dan pengkhianatan yang jelas lagi nyata (iii) bersekongkol dan tunduk dengan institusi kufur antarabangsa (PBB)serta memberikan kekuasaan kepada orang/organisasi kafir untuk memutuskan “hukum” ke atas kaum Muslimin dan tanah kaum Muslimin – sebuah keharaman yang jelas lagi nyata! 

Apa yang dilakukan oleh pemimpin Palestin ini sungguh berbeza dengan tindakan Khalifah Abdul Hamid II yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi kepada beliau sewaktu Daulah Khilafah masih berdiri. Khalifah Abdul Hamid langsung tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa agar beliau mengizinkan mereka (Yahudi) untuk menduduki Palestin. Beliau menjawab kepada Yahudi laknatullahdengan perkataannya yang masyhur, 

“Sungguh aku tidak akan melepaskan bumi Palestin ini walau sejengkal.....bumi ini bukanlah milikku tetapi milik umat Islam keseluruhannya. Kaumku telah berjihad dalam mempertahankan bumi ini dan telah menyiraminya dengan darah-darah mereka. Jika Negara Khilafah satu hari nanti hancur, maka sungguh mereka (Yahudi) akan dapat mengambil Palestin secara percuma. Namun selama aku masih hidup, tertusuknya pisau pada tubuhku adalah lebih ringan bagiku daripada aku menyaksikan Palestin terlepas dari Daulah Khilafah dan hal ini tidak akan terjadi. Sungguh aku tidak setuju untuk mencabik-cabik tubuh kita sendiri, padahal kita masih hidup”.

Begitulah jawapan seorang Khalifah yang berani, beriman lagi ikhlas yang tidak mengkhianati Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Kata-kata Khalifah Abdul Hamid itu ternyata kini telah menjadi kenyataan di mana tanah Palestin telah jatuh ke tangan Yahudi dengan percuma setelahDaulah Khilafah berjaya diruntuhkan pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924). Apa yang lebih menyedihkan ialah, tanah Palestin yang diberkati itu diserahkan secara percuma oleh pemimpin Palestin sendiri yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan RasulNya.[Berikut adalah terjemahan dua nasyrah, dari HizbutTahrir Palestin dah HizbutTahrir Pusat berhubung pengiktirafan Palestin di PBB, yang disebarkan ke seluruh dunia].

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim

Menghadapkan Diri Kepada PBB Bermaksud Menyerahkan Keputusan Hukum Kepada Kaum Kafir Mengenai Nasib Bumi Islam Yang Penuh Berkat Dan Merupakan Usaha Untuk Menghapuskan Pembebasan Palestin dari Pemahaman Umat
 
Semalam, Abbas, Erekat dan orang-orang yang mengambil manfaat dari pengkhianatan demi pengkhianatan serta orang yang sejalan dengan penyesatan media massa, merayakan pencapaian status Palestin sebagai negara “pemerhati non-anggota” di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka menganggap apa yang dicapai itu sebagai kemenangan dan pembebasan yang agung.

Kami di HizbutTahrir memahami betapa besarnya penyesatan yang dilakukan ke atas manusia oleh Yahudi, Amerika, seluruh negara Barat, para pemerintah yang jahat dan orang-orang yang mempunyai kuasa. Berapa banyak dari pihak media yang membantu dalam penyesatan ini dan sayang seribu kali sayang, beberapa pemimpin kelompok Islam turut terbawa oleh arus penyesatan ini dan mendukung tindakan Abbas, suatu hal yang mengakibatkan gelombang penyesatan semakin membesar. Penetapan “keabsahan” entiti Yahudi “secara antarabangsa” justeru digambarkan sebagai kemenangan yang agung! Perayaan tersebut pada hakikatnya bererti merayakan pemberian PLO dan Pihak Berkuasa Palestin (yang diwakili oleh Abbas) kepada entiti Yahudi wilayah yang diduduki tahun 1948 yang mencakup lebih dari 80% wilayah Palestin.

Sesungguhnya langkah ini merupakan penyerahan keputusan kepada kaum kafir, kepada lembaga dan organisasi mereka yang penuh kejahatan, dalam hal permasalahan kaum Muslimin khususnya permasalahan bumi yang diberkati, walhal PBB-lah yang telah meluluskan resolusi hingga berdirinya entiti Yahudi, yang menjadi pisauberacun di jantung bumi Islam. Sesungguhnya negara-negara besar yang menjadi badan pelaksana dan tonggak kepada PBB itu, tidak pernah terlintas di benak mereka untuk meluluskan resolusi berkaitan dengan umat Islam, kecuali jika resolusi itu dapat memudaratkan dan penuh konspirasi terhadap umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin.

Sungguh kami di HizbutTahrir memahami betapa besarnya pengkhianatan PLO dan para pemimpinnya, apatah lagi pasca kepemimpinan PLO di mana kekuasaan berada di tangan Mahmoud Abbas yang terkenal di kalangan ahli Fatah sebagai Karzai Palestin. Ruwaibidhah ini tidak pernah melepaskan kesempatan untuk menegaskan pengakuan beliau terhadap keabsahan entiti Yahudi dan bahawa bumi Palestin yang diduduki pada tahun 1948 adalah wilayah yang diduduki untuk selama-selamanya dan bahawa warga Palestin tidak memiliki hak ke atas wilayah tersebut atau untuk kembali ke sana! Hal itu adalah seperti apa yang dia nyatakan pada 1/11/2012 kepada saluran televisyen “Israel” Two di mana dia menyatakan, “Palestin sekarang dalam pandangan saya adalah pada batas 1967, al-Quds (Jerusalem) Timur adalah ibu kotanya. Itulah keadaannya sekarang dan selamanya…ini adalah Palestin dalam pandangan saya”. Dia mengatakan lagi, “Palestin bagi saya adalah Tebing Barat dan Gaza, sedangkan bahagian-bahagian lainnya adalah Israel….Saya ingin melihat Safed, adalah hak saya untuk melihatnya…bukan untuk saya tinggal di sana”.

Tindakan Abbas yang terakhir di Perhimpunan Agung PBB berjalan atas orientasi yang sama, iaitu menekankan keabsahan pendudukan Yahudi di forum-forum antarabangsa. Hal itu dilakukan dalam rangka membentuk pemahaman warga Palestin untuk menerima batas sempadan Palestin 1948 yang diduduki oleh Yahudi. Ia juga dilakukan dalam rangka untuk menyesatkan kelompok yang memberontak agar tidak menuntut pembebasan seluruh wilayah Palestin, tetapi hanya menuntut wilayah yang diduduki pada tahun 1967.

Sesungguhnya umat ini tidak akan memaafkan setiap orang yang terlibat dalam penyesatan seperti ini dan membiarkan bumi Palestin yang diberkati oleh Allah ini dilahapdan sesungguhnya seksa Allah di akhirat lebih keras dan pedih seandainya mereka memahami. Palestin memiliki tokoh-tokoh yang sentiasa bersedia dan mereka berjalan dengan langkah-langkah yang teguh bersama umat untuk mencabut para penguasa yang jahat dan menobatkan Khalifah kaum Muslimin menggantikan para penguasa jahat itu, sehingga Khalifah memimpin mereka dan memimpin pasukan umat untuk membebaskan seluruh Palestin dan menghancurkan entiti Yahudi secara tuntas. Dan kami di HizbutTahrir berjuang untuk itu dan kami memandang bahawa ia (berdirinya Khilafah) itu sudah sangat dekat dengan izin Allah SWT, 

“Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” [TMQ at-Thalaq (65):3].

16 Muharram 1434H
30 November 2012
HizbutTahrir Palestin

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim

Resolusi PBB Bahawa Wilayah Palestin Hanyalah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza: Sebuah Ratapan AtauPesta Keperwiraan?

Sebuah resolusi telah dikeluarkan malam semalam olehPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)yang mengisytiharkan Palestinsebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota di dalam PBB. Negara ‘Palestin’ yang dimaksudkan di sini adalah negara dengan batas wilayahmenurut keputusan Perhimpunan Agung PBB pada 4 Julai 1967 iaitu “Tebing Barat dan Semenanjung Gaza”.Keputusan ini telah diraikan oleh pihak berkuasa di Tebing Barat, khususnya parti Fatah. Abbas dan Erekat bersorak gembira, merayakannya untuk Palestin dan untuk hari yang bersejarah. 

Di Semenanjung Gaza, Hamas mendukung kegembiraan Fatah. Khalid Meshal dan Ismail Haniyehmemberikan ucapan selamat kepada usaha Abbas! Sungguh aneh! Resolusi ini, yang “menghapuskan” Palestin1948 selamanya, bagi mereka dianggap sebagai kemenangan gilang-gemilang, seperti yang dikatakan oleh Abbas. Seandainya resolusi itu dikenakan (secara paksa) ke atas mereka, nescaya kita akan katakan bahawa mereka dipaksa menerimanya. Akan tetapi, hakikatnya mereka sendirilah yang berusaha terus-menerus untuk memastikan resolusi itu dikeluarkan. Bahkan di atas keburukan ini, dua saudara yang selama ini berseteru iaitu Fatah dan Hamas, bolehsaling sepakat. Padahal selama ini keduanya tidak pernah berkumpul di atas kebaikan! Maha Benar Allah SWT yang berfirman, 

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang (terdapat) di dalam dada” [TMQ al-Haj (22):46].

Nampaknya segala nilai dan pemahaman telah tunggang terbalik. Penjualan sebahagian besar tanah Palestin kepada Yahudi dengan harga yang murah bahkan percuma tanpa sebarang harga, dengan imbalan sesuatu untuk Palestin yang di atas kertas disebut sebagai “negara bukan anggota”, dirayakan dengan pesta dan tidak dianggap sebagai luka mendalam yang amat pedih dan menyakitkan! Semoga Allah merahmati si penyair,Syauqi, di mana ia telah memberi komenatas apa yang dilakukan Mustafa Kamal 90 tahun lalu, ketika ejen penjajah itu menghapuskan al-Khilafah al-Islamiyah yang bersinar dan digantikan dengan Republik Turki sekular yang gelap-gelita di mana hal itu dinilai sebagai kemenangan. Syauqiberkomentar, 

“Nyanyian perkahwinan menjadi sebuah ratapan tatkala kematian diisytiharkan semasa perkahwinan.”

Begitulah apa yang mereka lakukan. Mereka merayakan penderitaan kita. Mereka mengusahakan sebuah resolusi antarabangsa untuk Palestinmenjadi sebuah negara non-anggota PBB, bukannya mengusahakan untuk menjadikanPalestinsebuah negara seperti mana yang ditaklukkan oleh Khalifah Umar ra, Palestin seperti mana yang dibebaskan oleh Salahuddinal-Ayubirahimahullah serta Palestin seperti mana yang dijaga oleh Khalifah Abdul Hamid rahimahullah…..bukan Palestin ini yang mereka inginkan, akan tetapi mereka hanya menginginkan sebahagian kecil dari tanah Palestin sahaja hingga akhirnya keluarlah resolusi ini! 

Untuk menampakkan resolusi ini sebagai sebuah kemenangan yang mereka perjuangkan, Amerika Syarikat menunjukkan penentangannya terhadap resolusi ini. Padahal Amerika-lah yang ada di belakang orang-orang yang memberikan suara demi kemenangan resolusi ini. Hal ini dilakukan untuk membangun imej Abbas dan Erekat, seolah-olah mereka pergi ke PBB tanpa mempedulikan keinginan Amerika! Mereka (Abbas dan Erekat) tahu bahawa mereka sebenarnya berdusta. Seandainya Amerika memerintahkan mereka untuk duduk, nescaya mereka akan duduk tanpa bergerak sedikit pun. Akan tetapi Amerika menginginkan sebuah resolusi antarabangsa yang menghentikan semua jalan dan pelan kecuali pelan dua negara (two-stateproject) yang ditajanya selama ini…! 

Begitulah antara pengkhianatan, tipu daya dan penyesatan yang kesemuanya dicampur-aduk untuk menampakkan resolusi antarabangsa itu sebagai kemenangan gilang-gemilang, dengan menelantarkan sebahagian besar tanah Palestin! Sungguh benar Rasulullah SAW dalam hadis yang telah dikeluarkan oleh IbnMajah dari Abu Hurairah di manabaginda bersabda, 

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Saat itu pembohong dibenarkan dan orang yang benar dinilai berbohong; pengkhianat dipercayai dan orang yang amanah dinilai berkhianat. Pada saat itu ruwaibidhah berbicara”. Ada yang bertanya, “Apa (maksud) ruwaibidhah itu?” Rasulullah bersabda, “Lelakibodoh yang berbicara tentang urusan masyarakat”.

Namun demikian, kami katakan kepada mereka yang menginginkan“pengecilan” Palestin melalui resolusi-resolusi antarabangsa dan juga kepada mereka yang merubah Turki daripada al-Khilafah al-Islamiyah kepada Turki sekular…sesungguhnya al-Khilafah dan Palestin memiliki umat yang agung, yang tidak akan boleh dicelakakan oleh kelompok yang batil dari anak-anak umat…dan kami katakan bahawa al-Khilafah dan Palestin memiliki parti yang ikhlas dan benar dengan izin Allah - HizbutTahrir yang telah mendedikasikan dirinya kepadaumat dan bersama dengan umat, untuk mengembalikan dua keagungan ini (kembalinya Khilafah dan pembebasan Palestin) insya Allah. Sesungguhnya orang yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW) telah memberikan khabar gembira dengan sabdanya, 

“Kemudian akan kembali Khilafah yang berjalan di atas manhaj kenabian” [HR Ahmad dan at-Thayalisi] 

dan sabdanya, 

“Sungguh kalian akan memerangi Yahudi dan sungguh kalian akan membunuh mereka” [HR Muslim].

Allah SWT berfirman, 

“Dan pada hari (kemenangan) itu, orang-orang yang beriman bergembira kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQar-Rum (30):4-5].

16 Muharram 1434H
30 November 2012
HizbutTahrir

No comments:

Post a Comment