Sunday 21 September 2014

Hukum Perikatan Kolonial Obama

Menyertai Perikatan Kolonial Obama Adalah Satu Kejahatan Yang Besar Dan Makar Yang Menyebar Luas!

“Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan seksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya” [TMQ al-An’am(6):164]
[SN398] Pada hari Rabu lepas (10/9/2014), Obama telah mengumumkan rancangannya untuk mengetuai ‘perikatan kolonial’ yang bertujuan menyerang kawasan atas dalih memerangi pengganas dan tanzim (kumpulan) ISIS… Sebelum ini John Kerry telah menyatakan bahawa sebanyak 40 buah negara telah bersetuju untuk menyertai gabungan ini dan bahawa strategi ini merupakan strategi jangka panjang yang akan memakan masa selama beberapa tahun dan bukannya beberapa bulan. Dia juga mengatakan bahawa Amerika akan memberikan latihan dan bekalan senjata kepada tentera Iraq, Peshmerga dan para pembangkang yang moderat! 

Bagi melaksanakan perancangan ini, pada hari Khamis 11/9/2014, Menteri Luar AS, John Kerry, telah mengadakan satu pertemuan di Jeddah, dengan wakil dari pelbagai negara termasuk beberapa negeri kaum Muslimin. Wakil negeri kaum Muslimin yang hadir adalah dari Arab Saudi, Jordan, Mesir, Lebanon, Turki, Iraq dan 6 negara Teluk…Iran pula hadir secara ‘ghaib’ kerana peranan Iran sebagai orang tengah di Iraq, Syria, bahkan di Lebanon, adalah begitu jelas sekali sehingga Iran tidak perlu hadir secara hakiki di dalam pertemuan ini. Juga, berdasarkan koordinasi dan kerjasama antara negara tersebut dengan Amerika sejak penjajahan Afghanistan dan Iraq yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini; kadang kala Iran berperanan di sebalik tabir, kadangkala tanpa tabir. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Khameini bahawa Iran bersetuju dengan usaha AS untuk memerangi ISIS seperti yang disiarkan oleh beberapa media pada 5/9/2014…Beginilah caranya Kerry mengetuai ‘perikatan kolonial Obama’ di wilayah kaum Muslimin, memperalatkan para pemimpin yang lemah akal dan jahil (Ruwaibidhah), yang secara terang-terangan tidak memiliki rasa malu dan kehormatan walaupun sedikit; bahkan mereka pula yang mengalu-alukan AS untuk memulakan perikatan tersebut dan sanggup menjadi alat kepada Amerika! Benarlah sabda Rasulullah SAW…“Sekiranya kamu sudah tidak memiliki rasa malu, maka lakukanlah apa yang kamu mahu’ [HR Bukhari dari AbiMas’ud].

Wahai Kaum Muslimin!

Sesungguhnya hujah yang dikemukakan oleh Amerika untuk membentuk perikatan ini terbantah dengan sendirinya… Sekiranya tujuan perikatan ditubuhkan adalah untuk menghancurkan terrorisme, maka tangan mereka yang ingin melakukannya wajiblah bersih darinya dan bukannya (tangan) yang menjadi akar kepada pohon terrorisme, menghidupkannya serta menciptakannya! Siapakah sebenarnya yang berada di sebalik pembunuhan keji dan penyeksaan yang dahsyat di Afghanistan, Iraq, Baghram, Abu Ghraib dan Guantanamo? Bukankah semua ini kerja tangan Amerika? Bukankah pembunuhan yang cukup kejam ke atas kaum Muslimin di Myanmar dan Afrika Tengah, yang tidak pernah dilakukan walaupun oleh binatang buas, merupakan keganasan yang dilihat, didengar bahkan disokong oleh AS? Peningkatan kerjasama ekonomi antara AS dan Myanmar berjalan selaras dengan meningkatnya pembantaian yang cukup dahsyat ke atas kaum Muslimin di sana…namun mengapa Amerika menyepi dalam hal ini?? 

Siapakah pula di sebalik penyembelihan di Syam? Bukankah Amerika yang bertanggungjawab menggerakkan jenayah yang dilakukan oleh Basyar di sebalik tabir mahupun tanpa tabir? Siapa yang tidak tahu bahawa Basyar adalah ciptaan Amerika? Dia dan bapanya? Amerika telah memberikan ruang kepada Basyar untuk melakukan jenayahnya, di mana bukan hanya manusia sahaja yang menjadi mangsa, bahkan pepohonan dan batu-batuan. AS memberi ruang kepada Basyar tatkala AS sedang berusaha menyediakan pengganti baginya, pengganti yang kurang sedikit hitam wajahnya berbanding Basyar yang sudah hampir tamat waktunya…Apakah tidak ada orang yang berakal dan memiliki pandangan yang jelas yang dapat melihat, layakkah Amerika untuk menubuhkan perikatan sebegini yang terdiri dari 40 buah negara untuk menentang sebuah gerakan bersenjata? Kecuali (mereka tidak dapat melihat) kerana hal ini berada di balik bukit di belakang mereka dan di depan mereka juga dipenuhi bukit. Padahal segalanya dapat dilihat dengan jelas umpama matahari di siang hari!

Wahai Kaum Muslimin!

Perikatan Pembunuh Kolonial Obama yang dirancang ke atas kawasan ini bertujuan untuk membolehkan pengaruh Amerika masuk ke dalam rantau ini melalui pintu yang dibuka luas oleh para pemerintah zalim yang langsung tidak memiliki perasaan malu walaupun sedikit terhadap Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Sebelum ini, pengaruh AS masuk melalui celahan-celahan dengan bantuan para pemerintah ini secara rahsia, namun kini, pengaruh tersebut masuk melalui pintu yang dibuka seluas-seluasnya oleh para pemerintah yang sudah hilang rasa malu mereka…! 

Sesungguhnya, perikatan Obama ini bukanlah bertujuan untuk menghancurkan terrorisme, tetapi hakikatnya, ia adalah bagi memperkukuh cengkaman Amerika ke atas rantau tersebut bagi membolehkan mereka mencapai dua objektif; pertama, merompak timbunan emas hitam yang terdapat di kawasan ini dan mempermudah urusan untuk memindahkannya ke tempat simpanannya di Amerika; kedua, masuk campur dalam urusan negeri kaum Muslimin dan menghalang berdirinya Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah. Semua itu dilakukan dengan anggapan bahawa ia (AS) dan ejennya dapat berbuat demikian melalui perancangan dan tipu daya jahat mereka itu. Allah SWT berfirman, 

“Dan rancangan jahat mereka akan hancur” [TMQ Fatir (35):10]. 

Inilah dua objektif utama yang diusahakan oleh Amerika melalui perikatan ini, bukannya untuk memerangi keganasan. Slogan memerangi keganasan ini hanyalah merupakan muslihat untuk menutup tujuan sebenar mereka dalam mewujudkan perikatan ini.

Wahai Kaum Muslimin!

Vakum politik yang wujud di negeri umat Islam menyebabkan rantau ini terdedah kepada serangan kaum kuffar melalui kekuatan tentera, pembentukan perikatan, penipuan dan konspirasi tanpa kebimbangan bahawa mereka (kuffar) akan dikalahkan dan akibatnya (kewujudan vakum ini) memusnahkan kawasan itu sendiri! Vakum politik yang dimaksudkan bukan sahaja vakum yang wujud kerana tiadanya sistem pemerintahan di negeri kaum Muslimin, namun yang lebih mendalam kesannya dan lebih merbahaya akibatnya adalah vakum politik yang wujud kerana tiadanya sistem yang diterapkan ke atas umat Islam yang lahir dari akidah umat ini. Akibatnya berlakulah pemisahan pada entiti negeri kaum Muslimin dan muncullah ketidakstabilan, kegoncangan, kelemahan dan kehinaan. Berlakulah pelbagai kecacatan yang mempermudahkan para penjajah untuk menjajah negeri kaum Muslimin dan meletakkan di dalamnya para pemerintah yang zalim…

Sejak Daulah Khilafah diruntuhkan di kurun yang lepas, vakum politik terus wujud di negeri kaum Muslimin. Kaum kuffar penjajah serta mereka yang telah mabuk dengan pemikiran dan cara hidup kuffar, secara konsisten, menentang dan memerangi dengan senjata dan juga melakukan pelbagai konspirasi terhadap apa jua usaha untuk mengembalikan pemerintahan Islam. Mereka menggunakan bermacam-macam cara termasuklah dengan menerapkan pelbagai sistem di tengah-tengah umat yang berwarnakan sekularisme, kapitalisme,sosialisme, diktator, demokrasi dan kadangkala sistem yang bercampur baur tanpa warna! Inilah yang telah berlaku di seluruh dunia kaum Muslimin – segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan – sehingga para pemerintah yang paling hina dianggap sebagai ‘singa’ di hadapan umat, namun menjadi ‘seekor ayam’ di hadapan kuffar Amerika dan Barat sehinggakan mereka (para pemerintah ini) sanggup mengemis kepada Amerika untuk Amerika mengetuai perikatan yang akan menghancurkan negeri mereka sendiri…lalu hal ini dianggap oleh pemerintah ini, sebagai kemenangan yang agung! 

“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimana mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)” [TMQ al-Munafiqun(63):4].

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya isu ini adalah isu yang serius dan bukanlah perkara yang remeh. Isu ini juga bukanlah suatu yang ringan bahkan ia sesungguhnya amat berat di sisi Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Sesungguhnya Hizbut Tahrir adalah pelopor yang tidak membohongi warganya. Kami mengingatkan dan menjelaskan kepada kalian:

Wujudnya perikatan ini di negeri kaum Muslimin adalah suatu isu yang besar dan keburukannya juga melebar luas! Ia adalah sebuah kejahatan yang besar dan diharamkan oleh Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW, 

“Janganlah kalian meminta penerangan(cahaya) dari api kaum Musyrikin” [HR Baihaqi dari Sunan al-Qubra, dari Anas bin Malik). 

‘Api kaum musyrikin’ ini adalah kiasan kepada entiti ketenteraan kaum Musyrikin dalam peperangan. Rasulullah juga bersabda 

“Aku tidak akan sekali-kali meminta bantuan dari golongan Musyrikin” [HR Muslim dari Aisyah RA]. 

Abu Daud dan IbnMajahjuga meriwayatkan dari Aisyah, 

“Sesungguhnya kita tidak meminta pertolongan dari kaum Musyrikin”. 

Sikap para pemimpin Ruwaibidhah ini yang terus menerus menzalimi dan menindas kaum Muslimin dan konsisten dalam mentaati dan tunduk kepada kaum kafir ini sesungguhnya merupakan fitnah, musibah dan kehancuran yang bukan sahaja menimpa para pemimpin tersebut bahkan akan juga menimpa mereka yang berdiam diri atas segala kezaliman yang berlaku. Firman Allah, 

“Dan peliharalah diri kalian dari seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kalian” [TMQ al-Anfal (8):25]. 

Rasulullah juga bersabda, 

“Sesungguhnya manusia itu jika di tengah mereka dilakukan kemaksiatan dan mereka tidak mengubahnya, hampir-hampir Allah menimpakan hukuman kepada mereka semuanya” [HR Uthman Abu Amru Ad-Dani di dalam kitab Al-Fitn, dari Abu Bakar RA].

Sesungguhnya tali perikatan yang digunakan oleh Obama untuk menguasai negeri kaum Muslimin,dengan bantuan para pemerintah kaum Muslimin yang sanggup menjual agamanya untuk keuntungan dunia yang sedikit, bahkan untuk keuntungan dunia orang lain ini, wajib diputuskan! Sesungguhnya memutuskan tali perikatan ini sekarang adalah lebih mudah berbanding sekiranya tali ini sudah menjadi semakin teguh dan menjangkaui padang dan gunung…

Kami ingin beralih menyampaikan pesanan kepada tentera kaum Muslimin…

Apakah tidak ada di kalangan kalian orang yang cerdas dan mengingkari para pemerintah yang telah khianat kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin ini…?...? Apakah tidak ada di kalangan kalian orang yang cerdas yang mahu mempertahankan deennya dan sanggup berdiri di hadapan musuh Allah dan memutuskan tali dan mematahkan tongkat mereka…? Apakah tidak ada di kalangan kalian orang yang cerdas dan menghapuskan para pemerintah Ruwaibidhah ini dan mengembalikan sejarah mulia kaum Ansar dan membantu kami untuk menegakkan hukum Islam dengan mendirikan kembali Khilafah Rasyidahala minhaj nubuwwah…?

Sesungguhnya Hizbut Tahrir ingin membangkitkan semangat dan keazaman kalian agar kalian bertindak dan berdiri di atas jalan Allah dan RasulNya, agar kalian menghancurkan makar perikatan ini sebelum kalian dan negeri kalian dikelilingi oleh musuh dan kalian menyesal, sedangkan pada ketika itu, penyesalan sudah tidak berguna lagi….

“Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran” [TMQ Ibrahim (14):52].

Ya Allah sesungguhnya kami telah menyampaikan…Ya Allah saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

HizbutTahrir
16 Zulkaedah 1435H 
11/09/2014 M

[Terjemahan artikel/seruan daripada HizbutTahrir Pusat yang disebarkan ke seluruh dunia]

No comments:

Post a Comment