Saturday, 27 September 2014

HARAM PISAHKAN NEGERI UMAT ISLAM

HARAM PISAHKAN NEGERI UMAT ISLAM, WAJIB BERSATU DI BAWAH KHILAFAH
[SN399] Pihak polis telah mengenal pasti penglibatan satu kumpulan kecil yang terdiri daripada ahli politik negara ini serta pihak asing dalam menghasut mahu membawa keluar Sabah serta Sarawak daripada Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak polis telah berjaya mengumpul maklumat peribadi individu serta kumpulan kecil berkenaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan. Katanya, kertas siasatan akan dibuka dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mendedahkan pihaknya telah mengenal pasti tiga ‘tujuan’ hasutan yang mahukan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Katanya, tiga ‘tujuan’ itu ialah mahu bergabung dengan satu kesultanan yang tidak lagi wujud pada hari ini, menjadikannya sebuah negeri merdeka dan mahukan penggabungan dengan sebuah negara lain. “Saya ingatkan kumpulan ini bahawa referendum telah dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu dan perkara yang diputuskan ketika itu disahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) [Utusan Malaysia 21/09/14]. 

Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak, khususnya golongan yang cuba membangkitkan isu membawa Sabah keluar dari Malaysia, agar tidak menggadai masa depan rakyat dan negeri itu semata-mata demi agenda peribadi. “Hari ini saya mendedahkan kenyataan sokongan Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) dan Abu Sayyaf kepada Islamic State (IS). “Ini bukan untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah tetapi ini kenyataan secara terbuka dan tidak mustahil ia merupakan sesuatu yang memang diperjuangkan oleh mereka kerana Moro National Liberation Front (MNLF) sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkan Islamic Caliphate iaitu merangkumi Selatan Filipina, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia,'' kata Hishammuddin [Utusan Malaysia 22/09/14].

Gerakan Pemisah Dan Kesannya

Istilah gerakan pemisah, walaupun diketahui umum tetapi masih agak asing penggunaannya di Malaysia. Ini kerana, setakat ini tidak ada gerakan tertentu yang dilabelkan oleh kerajaan Malaysia sebagai gerakan pemisah walaupun cubaan untuk memisahkan negeri-negeri tertentu sudah lama ada. Namun, kewujudan gerakan pemisah di beberapa wilayah kaum Muslimin sudah sangat popular dan aktif. Di Indonesia sebagai contoh, wujudnya gerakan pemisah yang berjuang di sekurang-kurangnya tiga kawasan iaitu di Timor Timur, Aceh, dan Papua. Gerakan Aceh Merdeka (GAM) mula bergiat aktif sejak 1976 lagi. Ia lahir sebagai tindak balas daripada tindakan pemerintah pusat yang semakin tidak adil semasa pelaksanaan orde baru. Muslim Aceh bangkit menuntut kemerdekaan dan autonomi sehingga berlaku banyak pertempuran dari semasa ke semasa dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) sehingga menyebabkan ramai terkorban. 

Selain GAM yang aktif di Aceh, gerakan pemisah Republik Maluku Selatan (RMS) pula aktif Maluku dan Organisasi Papua Merdeka (OPM) aktif di Papua. Jika diteliti, kewujudan gerakan-gerakan pemisah ini lebih disebabkan oleh ketidakadilan ekonomi yang dirasakan oleh rakyat di wilayah-wilayah tersebut akibat kegagalan pemerintah Indonesia mensejahterakan mereka. Padahal kekayaan sumber alam di Aceh dan Papua melimpah-ruah. Namun sayangnya, kekayaan itu lebih banyak dibolot oleh segelintir orang dan perusahaan-perusahaan asing. Akhirnya, rakyat bangkit memberontak.

Gerakan pemisah juga berperanan penting di Pakistan dan India sehingga kedua-dua negeri Muslim itu terjerumus dalam kancah perbalahan yang tidak berkesudahan. Perang India-Pakistan 1971, India yang dipelopori oleh Hindu cuba memanfaatkan konflik pemisahan Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Usaha ini benar-benar melemahkan Pakistan yang dipelopori Muslim sehingga berlaku pertembungan dalaman yang disebut sebagai Perang Saudara Pakistan. Pakistan Timur bergerak atas nama kemerdekaan Bangladesh yang diketuai Sheikh Mujiburrahman menuntut pelepasan dari Pakistan Barat. Akibatnya serangan yang dilancarkan oleh India terhadap Pakistan Barat pada 3-16 Disember 1971 tidak berjaya dipatahkan Pakistan. Perang ini berakhir dengan kekalahan Pakistan dan pemecahan Pakistan timur dan barat.  
  
Di Sudan, ekoran pergerakan pemisah Sudan Selatan mengakibatkan berlakunya perang saudara sehingga terbentuk kawasan autonomi Sudan Selatan pada tahun 1972 dan ia bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya sekali lagi perang saudara yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 rentetan pungutan suara pada Januari 2011 yang mana sebahagian besar memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan. Kemerdekaan Sudan Selatan yang dilihat sebagai penyelesaian isu Sudan, namun hakikatnya hanyalah menambahkan penderitaan Sudan. 

Banyak isu yang perlu ditangani Sudan tidak dapat diselesaikan, seperti bagaimana membahagikan pendapatan minyak, atau apakah yang terjadi dengan $35 juta hutang Sudan atau masa depan Abyei. Manaka di luar ibukota Juba, tidak ada pembangunan dan jika orang percaya bahawa kemerdekaan akan memberikan daerah pedalaman selatan banyak manfaat, maka mereka akan sangat kecewa. Lebih kurang 80% daripada sektor perkhidmatan di selatan Sudan (kesihatan, pendidikan, air dan kebersihan) disediakan oleh badan-badan bukan kerajaan. Selain itu, Sudan Selatan sendiri tidaklah homogen atau wilayah yang damai. Sebahagian besar warganya yang berperang selama dua dekad terakhir adalah akibat dari pertempuran antara suku-suku yang berperang di wilayah selatan. Akhirnya pemisahan Sudan hanya menambah penderitaan kepada Sudan dan bukannya menyelesaikan masalah.

Hukum Memisahkan Diri/Negeri

Jika diteliti, usaha pemisahan negeri-negeri kaum Muslimin oleh gerakan pemisah yang wujud, baik di Indonesia, Pakistan, Sudan dan lain-lain, bukan hanya tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya menambah parahkan lagi masalah, di samping melebarkan lagi jurang perpecahan sesama kaum Muslimin. Urusan dalaman dan juga luaran sesebuah negeri itu menjadi semakin sukar. Ini dari satu sisi. Dari sisi lain, sesungguhnya semua gerakan dan tindakan pemisahan ini tidak lepas dari campur tangan kuffar Barat. Sokongan Barat ke atas usaha-usaha gerakan pemisah ini, malah ada yang ditunjukkan secara terang-terangan, apatah lagi secara tersembunyi. 

Namun, sebagai Muslim, apa yang lebih penting untuk kita lihat bukanlah akibat/kesan kepada pemisahan negeri-negeri umat Islam ini, namun apakah hukum syarak terhadap pemisahan ini. Walaupun mungkin sahaja akan wujud kesan baik kepada pemisahan ini dari aspek ekonomi, politik dan lain-lain, namun persoalannya, apakah pemisahan tanah kaum Muslimin ini dibenarkan oleh syarak? Rasulullah SAW bersabda, 

“Siapa sahaja yang datang kepada kalian, sedangkan urusan kalian terhimpun pada sorang lelaki (seorang Khalifah), lalu dia (orang yang datang itu) hendak memecah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia” [HR Muslim]. 

Rasulullah SAW juga bersabda, 

“Barangsiapa melihat sesuatu yang ia benci dari Amirnya, maka hendaklah ia bersabar terhadapnya kerana sesungguhnya siapa sahaja yang memisahkan diri dari Jamaah (kaum Muslimin yang dipimpin oleh seorang Amir/Khalifah) walau sejengkal, maka tidaklah ia mati melainkan mati (dalam keadaan) jahiliah” [HR Bukhari]. 

Memisahkan diri daripada negara bermakna akan wujudnya seorang lagi ketua negara bagi kaum Muslimin, sedangkan Rasulullah SAW dengan tegas mengingatkan kita semua, 

“Jika dibaiat dua orang Khalifah (sebagai Ketua Negara), maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya” [HR Muslim]. 

Nas di atas dan banyak lagi nas lainnya yang senada, dengan jelas dan tegas menunjukkan kewajiban umat untuk bersatu di bawah satu negara (Khilafah) dan di bawah seorang pemimpin (Khalifah). Tidak dibenarkan bagi umat Islam memiliki lebih daripada satu negara atau lebih daripada seorang ketua negara. 

Berdasarkan nas yang jelas sama ada dari al-Quran, al-Hadis mahupun Ijmak Sahabat, sesungguhnya keseluruhan umat Islam wajib bersatu dan berada di bawah kepimpinan seorang Ulil Amri (Khalifah) sahaja. Betapa haramnya jika umat Islam berpecah kepada banyak negara/pemimpin sehingga Rasulullah SAW memerintahkan agar membunuh Khalifah yang dilantik setelah wujudnya Khalifah yang pertama secara sah di sisi syarak. Rasulullah juga memerintahkan agar membunuh siapa sahaja yang berusaha untuk memecah-belah atau mencerai-beraikan umat Islam yang hidup dalam kesatuan Khilafah.

Sejak berdirinya Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin secara langsung oleh Rasulullah SAW, kemudian diikuti dengan Khilafah Umawiyyah, Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah, selama lebih 1300 tahun umat Islam berada di bawah kepimpinan seorang Khalifah sahaja dan di bawah satu negara, walaupun wilayah Islam mencakupi hampir dua per tiga dunia. Hanya setelah berlakunya penjajahan kuffar Barat ke atas Negara Islam sehingga runtuhnya Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), barulah umat Islam terpecah belah menjadi lebih dari 50 buah negara yang masih kekal hingga kini. Terlalu banyak bukti bahawa pemisahan wilayah Islam adalah angkara jahat kuffar penjajah dan diteruskan oleh penguasa Muslim yang khianat yang tamak akan kuasa dan harta benda dunia.

Sebagaimana Islam mengharamkan pemisahan atau perpecahan wilayahnya, Islam juga mengharamkan kewujudan sebarang gerakan yang bertujuan memisahkan wilayah Islam. Gerakan mana pun atau siapa pun yang berniat untuk menjadikan wilayah itu lebih baik atau mahu melaksanakan syariat di wilayah tersebut, wajib berusaha untuk ‘mengIslamkan’ wilayah tersebut dan bukannya dengan membawa ia keluar dari induknya. Kita tidak boleh (haram) menjadi kelompok pemisah, sebaliknya wajib menjadi kelompok pemersatu umah dan tanah kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan (Khilafah) sekali gus menerapkan hukum Allah di dalam wilayah tersebut. 

Sesungguhnya tercerai-berainya umat Islam pada hari ini adalah kerana pemimpin dan sistem yang tidak betul. Wujudnya pemimpin yang mengamalkan sistem demokrasi menjadi punca kepada perpecahan wilayah dan umat Islam. Juga, kerana adanya semangat assabiyyah dan wathaniyyah di dalam diri umat Islam. Perasaan assabiyyah dan wathaniyyah yang haram inilah yang menyebabkan terpisahnya umat Islam dan wilayah Islam. Justeru, setiap Muslim wajib membuang perasaan ini dari dirinya dan setiap Muslim dan kelompok Islam wajib bekerja dalam rangka mempersatukan semula umat Islam di bawah naungan Khilafah dengan menghapuskan sistem demokrasi dan lain-lain sistem kufur dan negara-bangsa yang merupakan penyebab kepada perpecahan ummah. 

Oleh yang demikian, Hizbut Tahrir dengan ini mengingatkan bahawa Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari tanah umat Islam dan haram dipisahkan dari induknya. Kewajipan untuk kekal dalam kesatuan bukanlah kerana referendum Suruhanjaya Cobbold mahupun PBB, namun kerana Islam memerintahkannya sedemikian. Keputusan Suruhanjaya Cobbold dan PBB tidak ada nilainya walaupun setitik, di sisi syarak. Kita wajib bersatu kerana Allah memerintahkan kita bersatu. Bukan sahaja Sabah dan Sarawak yang haram untuk dipisahkan, malah keseluruhan negeri kaum Muslimin haram dipisah-pisahkankan. Syarak mewajibkan kaum Muslimin dan seluruh negeri kaum Muslimin di seluruh dunia untuk kembali bersatu di bawah satu negara (Khilafah). Sebarang bentuk pemisahan wilayah kaum Muslimin, baik kecil mahupun besar adalah diharamkan oleh Islam. 

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Bersatu di bawah Daulah Khilafah adalah wajib secara syar’i. Daulah Khilafah adalah Daulah yang akan mempersatukan umat Islam bukan sahaja di Nusantara, malah di seluruh dunia. Daulah Khilafah adalah Daulah yang di dalamnya diterapkan hukum-hukum Allah dan yang pemerintahannya berjalan sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Begitu juga dengan usaha untuk mewujudkannya yang juga wajib dilakukan sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, bukannya dengan jalan demokrasi, jihad, pembunuhan, pemaksaan, rampasan kuasa atau kekerasan. Bukan dikatakan Daulah Khilafah jika ia berdiri dengan jalan yang menyalahi syarak. Bukan dikatakan perjuangan yang benar untuk menegakkan Khilafah jika ia dilakukan dengan jalan menyalahi syarak. Perjuangan yang benar untuk menegakkan Khilafah adalah perjuangan yang dilakukan dengan mencontohi perjuangan Rasulullah SAW di dalam menegakkan Daulah Islam di Madinah yakni melalui jalan dakwah secara politik dan intelektual dan melalui thalab al-nusrah (meminta pertolongan) dari ahlu al-quwwah (golongan yang memegang kekuatan). Perjuangan di atas jalan inilah yang akan mewujudkan semula Khilafah ala minhaj nubuwah sedikit masa lagi Insya Allah. Wallahu a’lam.

Sunday, 21 September 2014

Hukum Perikatan Kolonial Obama

Menyertai Perikatan Kolonial Obama Adalah Satu Kejahatan Yang Besar Dan Makar Yang Menyebar Luas!

“Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan seksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya” [TMQ al-An’am(6):164]
[SN398] Pada hari Rabu lepas (10/9/2014), Obama telah mengumumkan rancangannya untuk mengetuai ‘perikatan kolonial’ yang bertujuan menyerang kawasan atas dalih memerangi pengganas dan tanzim (kumpulan) ISIS… Sebelum ini John Kerry telah menyatakan bahawa sebanyak 40 buah negara telah bersetuju untuk menyertai gabungan ini dan bahawa strategi ini merupakan strategi jangka panjang yang akan memakan masa selama beberapa tahun dan bukannya beberapa bulan. Dia juga mengatakan bahawa Amerika akan memberikan latihan dan bekalan senjata kepada tentera Iraq, Peshmerga dan para pembangkang yang moderat! 

Bagi melaksanakan perancangan ini, pada hari Khamis 11/9/2014, Menteri Luar AS, John Kerry, telah mengadakan satu pertemuan di Jeddah, dengan wakil dari pelbagai negara termasuk beberapa negeri kaum Muslimin. Wakil negeri kaum Muslimin yang hadir adalah dari Arab Saudi, Jordan, Mesir, Lebanon, Turki, Iraq dan 6 negara Teluk…Iran pula hadir secara ‘ghaib’ kerana peranan Iran sebagai orang tengah di Iraq, Syria, bahkan di Lebanon, adalah begitu jelas sekali sehingga Iran tidak perlu hadir secara hakiki di dalam pertemuan ini. Juga, berdasarkan koordinasi dan kerjasama antara negara tersebut dengan Amerika sejak penjajahan Afghanistan dan Iraq yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini; kadang kala Iran berperanan di sebalik tabir, kadangkala tanpa tabir. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Khameini bahawa Iran bersetuju dengan usaha AS untuk memerangi ISIS seperti yang disiarkan oleh beberapa media pada 5/9/2014…Beginilah caranya Kerry mengetuai ‘perikatan kolonial Obama’ di wilayah kaum Muslimin, memperalatkan para pemimpin yang lemah akal dan jahil (Ruwaibidhah), yang secara terang-terangan tidak memiliki rasa malu dan kehormatan walaupun sedikit; bahkan mereka pula yang mengalu-alukan AS untuk memulakan perikatan tersebut dan sanggup menjadi alat kepada Amerika! Benarlah sabda Rasulullah SAW…“Sekiranya kamu sudah tidak memiliki rasa malu, maka lakukanlah apa yang kamu mahu’ [HR Bukhari dari AbiMas’ud].

Wahai Kaum Muslimin!

Sesungguhnya hujah yang dikemukakan oleh Amerika untuk membentuk perikatan ini terbantah dengan sendirinya… Sekiranya tujuan perikatan ditubuhkan adalah untuk menghancurkan terrorisme, maka tangan mereka yang ingin melakukannya wajiblah bersih darinya dan bukannya (tangan) yang menjadi akar kepada pohon terrorisme, menghidupkannya serta menciptakannya! Siapakah sebenarnya yang berada di sebalik pembunuhan keji dan penyeksaan yang dahsyat di Afghanistan, Iraq, Baghram, Abu Ghraib dan Guantanamo? Bukankah semua ini kerja tangan Amerika? Bukankah pembunuhan yang cukup kejam ke atas kaum Muslimin di Myanmar dan Afrika Tengah, yang tidak pernah dilakukan walaupun oleh binatang buas, merupakan keganasan yang dilihat, didengar bahkan disokong oleh AS? Peningkatan kerjasama ekonomi antara AS dan Myanmar berjalan selaras dengan meningkatnya pembantaian yang cukup dahsyat ke atas kaum Muslimin di sana…namun mengapa Amerika menyepi dalam hal ini?? 

Siapakah pula di sebalik penyembelihan di Syam? Bukankah Amerika yang bertanggungjawab menggerakkan jenayah yang dilakukan oleh Basyar di sebalik tabir mahupun tanpa tabir? Siapa yang tidak tahu bahawa Basyar adalah ciptaan Amerika? Dia dan bapanya? Amerika telah memberikan ruang kepada Basyar untuk melakukan jenayahnya, di mana bukan hanya manusia sahaja yang menjadi mangsa, bahkan pepohonan dan batu-batuan. AS memberi ruang kepada Basyar tatkala AS sedang berusaha menyediakan pengganti baginya, pengganti yang kurang sedikit hitam wajahnya berbanding Basyar yang sudah hampir tamat waktunya…Apakah tidak ada orang yang berakal dan memiliki pandangan yang jelas yang dapat melihat, layakkah Amerika untuk menubuhkan perikatan sebegini yang terdiri dari 40 buah negara untuk menentang sebuah gerakan bersenjata? Kecuali (mereka tidak dapat melihat) kerana hal ini berada di balik bukit di belakang mereka dan di depan mereka juga dipenuhi bukit. Padahal segalanya dapat dilihat dengan jelas umpama matahari di siang hari!

Wahai Kaum Muslimin!

Perikatan Pembunuh Kolonial Obama yang dirancang ke atas kawasan ini bertujuan untuk membolehkan pengaruh Amerika masuk ke dalam rantau ini melalui pintu yang dibuka luas oleh para pemerintah zalim yang langsung tidak memiliki perasaan malu walaupun sedikit terhadap Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Sebelum ini, pengaruh AS masuk melalui celahan-celahan dengan bantuan para pemerintah ini secara rahsia, namun kini, pengaruh tersebut masuk melalui pintu yang dibuka seluas-seluasnya oleh para pemerintah yang sudah hilang rasa malu mereka…! 

Sesungguhnya, perikatan Obama ini bukanlah bertujuan untuk menghancurkan terrorisme, tetapi hakikatnya, ia adalah bagi memperkukuh cengkaman Amerika ke atas rantau tersebut bagi membolehkan mereka mencapai dua objektif; pertama, merompak timbunan emas hitam yang terdapat di kawasan ini dan mempermudah urusan untuk memindahkannya ke tempat simpanannya di Amerika; kedua, masuk campur dalam urusan negeri kaum Muslimin dan menghalang berdirinya Daulah Khilafah ala minhaj nubuwwah. Semua itu dilakukan dengan anggapan bahawa ia (AS) dan ejennya dapat berbuat demikian melalui perancangan dan tipu daya jahat mereka itu. Allah SWT berfirman, 

“Dan rancangan jahat mereka akan hancur” [TMQ Fatir (35):10]. 

Inilah dua objektif utama yang diusahakan oleh Amerika melalui perikatan ini, bukannya untuk memerangi keganasan. Slogan memerangi keganasan ini hanyalah merupakan muslihat untuk menutup tujuan sebenar mereka dalam mewujudkan perikatan ini.

Wahai Kaum Muslimin!

Vakum politik yang wujud di negeri umat Islam menyebabkan rantau ini terdedah kepada serangan kaum kuffar melalui kekuatan tentera, pembentukan perikatan, penipuan dan konspirasi tanpa kebimbangan bahawa mereka (kuffar) akan dikalahkan dan akibatnya (kewujudan vakum ini) memusnahkan kawasan itu sendiri! Vakum politik yang dimaksudkan bukan sahaja vakum yang wujud kerana tiadanya sistem pemerintahan di negeri kaum Muslimin, namun yang lebih mendalam kesannya dan lebih merbahaya akibatnya adalah vakum politik yang wujud kerana tiadanya sistem yang diterapkan ke atas umat Islam yang lahir dari akidah umat ini. Akibatnya berlakulah pemisahan pada entiti negeri kaum Muslimin dan muncullah ketidakstabilan, kegoncangan, kelemahan dan kehinaan. Berlakulah pelbagai kecacatan yang mempermudahkan para penjajah untuk menjajah negeri kaum Muslimin dan meletakkan di dalamnya para pemerintah yang zalim…

Sejak Daulah Khilafah diruntuhkan di kurun yang lepas, vakum politik terus wujud di negeri kaum Muslimin. Kaum kuffar penjajah serta mereka yang telah mabuk dengan pemikiran dan cara hidup kuffar, secara konsisten, menentang dan memerangi dengan senjata dan juga melakukan pelbagai konspirasi terhadap apa jua usaha untuk mengembalikan pemerintahan Islam. Mereka menggunakan bermacam-macam cara termasuklah dengan menerapkan pelbagai sistem di tengah-tengah umat yang berwarnakan sekularisme, kapitalisme,sosialisme, diktator, demokrasi dan kadangkala sistem yang bercampur baur tanpa warna! Inilah yang telah berlaku di seluruh dunia kaum Muslimin – segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan – sehingga para pemerintah yang paling hina dianggap sebagai ‘singa’ di hadapan umat, namun menjadi ‘seekor ayam’ di hadapan kuffar Amerika dan Barat sehinggakan mereka (para pemerintah ini) sanggup mengemis kepada Amerika untuk Amerika mengetuai perikatan yang akan menghancurkan negeri mereka sendiri…lalu hal ini dianggap oleh pemerintah ini, sebagai kemenangan yang agung! 

“Semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimana mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)” [TMQ al-Munafiqun(63):4].

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya isu ini adalah isu yang serius dan bukanlah perkara yang remeh. Isu ini juga bukanlah suatu yang ringan bahkan ia sesungguhnya amat berat di sisi Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Sesungguhnya Hizbut Tahrir adalah pelopor yang tidak membohongi warganya. Kami mengingatkan dan menjelaskan kepada kalian:

Wujudnya perikatan ini di negeri kaum Muslimin adalah suatu isu yang besar dan keburukannya juga melebar luas! Ia adalah sebuah kejahatan yang besar dan diharamkan oleh Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW, 

“Janganlah kalian meminta penerangan(cahaya) dari api kaum Musyrikin” [HR Baihaqi dari Sunan al-Qubra, dari Anas bin Malik). 

‘Api kaum musyrikin’ ini adalah kiasan kepada entiti ketenteraan kaum Musyrikin dalam peperangan. Rasulullah juga bersabda 

“Aku tidak akan sekali-kali meminta bantuan dari golongan Musyrikin” [HR Muslim dari Aisyah RA]. 

Abu Daud dan IbnMajahjuga meriwayatkan dari Aisyah, 

“Sesungguhnya kita tidak meminta pertolongan dari kaum Musyrikin”. 

Sikap para pemimpin Ruwaibidhah ini yang terus menerus menzalimi dan menindas kaum Muslimin dan konsisten dalam mentaati dan tunduk kepada kaum kafir ini sesungguhnya merupakan fitnah, musibah dan kehancuran yang bukan sahaja menimpa para pemimpin tersebut bahkan akan juga menimpa mereka yang berdiam diri atas segala kezaliman yang berlaku. Firman Allah, 

“Dan peliharalah diri kalian dari seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kalian” [TMQ al-Anfal (8):25]. 

Rasulullah juga bersabda, 

“Sesungguhnya manusia itu jika di tengah mereka dilakukan kemaksiatan dan mereka tidak mengubahnya, hampir-hampir Allah menimpakan hukuman kepada mereka semuanya” [HR Uthman Abu Amru Ad-Dani di dalam kitab Al-Fitn, dari Abu Bakar RA].

Sesungguhnya tali perikatan yang digunakan oleh Obama untuk menguasai negeri kaum Muslimin,dengan bantuan para pemerintah kaum Muslimin yang sanggup menjual agamanya untuk keuntungan dunia yang sedikit, bahkan untuk keuntungan dunia orang lain ini, wajib diputuskan! Sesungguhnya memutuskan tali perikatan ini sekarang adalah lebih mudah berbanding sekiranya tali ini sudah menjadi semakin teguh dan menjangkaui padang dan gunung…

Kami ingin beralih menyampaikan pesanan kepada tentera kaum Muslimin…

Apakah tidak ada di kalangan kalian orang yang cerdas dan mengingkari para pemerintah yang telah khianat kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin ini…?...? Apakah tidak ada di kalangan kalian orang yang cerdas yang mahu mempertahankan deennya dan sanggup berdiri di hadapan musuh Allah dan memutuskan tali dan mematahkan tongkat mereka…? Apakah tidak ada di kalangan kalian orang yang cerdas dan menghapuskan para pemerintah Ruwaibidhah ini dan mengembalikan sejarah mulia kaum Ansar dan membantu kami untuk menegakkan hukum Islam dengan mendirikan kembali Khilafah Rasyidahala minhaj nubuwwah…?

Sesungguhnya Hizbut Tahrir ingin membangkitkan semangat dan keazaman kalian agar kalian bertindak dan berdiri di atas jalan Allah dan RasulNya, agar kalian menghancurkan makar perikatan ini sebelum kalian dan negeri kalian dikelilingi oleh musuh dan kalian menyesal, sedangkan pada ketika itu, penyesalan sudah tidak berguna lagi….

“Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran” [TMQ Ibrahim (14):52].

Ya Allah sesungguhnya kami telah menyampaikan…Ya Allah saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.

HizbutTahrir
16 Zulkaedah 1435H 
11/09/2014 M

[Terjemahan artikel/seruan daripada HizbutTahrir Pusat yang disebarkan ke seluruh dunia]

Hasutan

MENGHASUT: APAKAH MAKSUD, UKURAN DAN HUKUMNYA?

[SN397] Setelah negara dikejutkan dan bersedih atas tragedi yang menimpa pesawat MH17 yang masih belum berakhir siasatannya, kini kita dikejutkan pula dengan episod lain yang juga tak kurang sedihnya iaitu penangkapan sejumlah individu termasuk tokoh politik, di bawah Akta Hasutan 1948. Sejak lebih kurang seminggu lepas, kita menyaksikan aktivis pelajar,Safwan Anang ditahan di bawah akta berkenaan. Beberapa pemimpin politik dari Pakatan Rakyat (PR) seperti RSN Rayer (DAP),RafiziRamli dan N.Surendran (PKR) serta Khalid Samad (PAS) juga dikenakan tindakan di bawah akta sama. Terbaru, Wan Ji Wan Hussin, seorang pendakwah bebas ditangkap di kediamannya di Shah Alam. Sebelumnya, antara tokoh politik yang turutdidakwa di bawah akta tersebut termasuklah Teresa Kok (DAP), Tian Chua (PKR) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS). Lebih mengejutkan apabila tokoh akademik turut menjadi mangsa akta terbabit iaitu Profesor Madya Dr AzmiSharomdari Universiti Malaya (UM) dan tidak terkecuali wartawan portal Malaysiakini, Susan Loone. Ekoran pendakwaan ke atas Azmi, beratus-ratus mahasiswa dan kakitangan akademik UM mengadakan protes dan mendesak kerajaan menghapuskan akta warisan penjajah tersebut. Desakan yang sama turut datang dari banyak pihak agar kerajaan memansuhkan akta yang diluluskan penjajah sejak sebelum merdeka itu lagi. 

Penangkapan beberapa individu di bawah Akta Hasutan menunjukkan kepada kita bahawa kebebasan bersuara yang dilaungkan di bawah sistem demokrasi hanyalah merupakan suatu pembohongan dan utopia. Seseorang bebas bersuara (tanpa ditangkap) sekiranya ia memuji dan mengampu pemerintah, namun sekiranya ia mengkritik atau “membahayakan” pemerintah dengan ucapannya itu, maka tidak ada lagi kebebasan bersuara untuknya. Sudah sedia maklum dalam mana-mana negara demokrasi, yang segala bentuk ucapan, penulisan dan tindakan yang menghentam, menghina, mengaibkan, memfitnah, mengeji, menyesatkan dan sebagainya terhadap musuh politik pemerintah, maka hal ini akan dibenarkan dan dibiarkan oleh pemerintah berkenaan. Namun, jika yang berlaku adalah sebaliknya, yakni sekiranya segala kritikan itu berlaku ke atas pemerintah, maka undang-undang yang ada akan digunakan oleh pemerintah untuk membungkam pelakunya. Inilah natijahnya apabila definisi “menghasut” diletak hak kepada pembuat undang-undang (ahli parlimen) yang memegang suara terbanyak, yang pastinya akan memberikan takrifan yang akan memihak kepada mereka. 

Menurut Seksyen 2 Akta Hasutan 1948, “menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut. Seksyen 3 (1) (a) - (f) menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “kecenderungan menghasut” manakala Seksyen 4 (1) (a) - (d) merupakan seksyen dakwaan untuk kesalahan menghasut yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 3 antara lain menjelaskan kategori kecenderungan menghasut iaitu “bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada mana-mana raja atau kerajaan”. Manakala definisi menghasut mengikut Kamus Dewan bermaksud “menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain atau membangkitkan kemarahan atau kebencian seseorang terhadap orang lain.”

Marah Dan Benci Hendaklah Kerana Allah

Islam telah menggariskan bahawa mencintai dan membenci itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata. Allah SWT telah melarangkaum Muslim mencintai orang-orang kafir, munafik dan fasik yang terang-terangan melakukan maksiat. At-Tirmidzi telah mengeluarkan hadis, dari Muadz bin Anas al-Juhani bahawa RasulullahSAW bersabda, 

“Barangsiapa yang memberi kerana Allah, tidak memberi keranaAllah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, bererti ia telah sempurna imannya”.

Imam Muslim juga telah meriwayatkan dari Abu Hurairah,ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Apabila Allah membenci seorang hamba, maka Allah akan memanggil Jibril dan berfirman, ‘Sesungguhnya Aku membencisi Fulan, maka bencilah ia.’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Kemudian Jibril pun membencinya dan menyeru kepada penghuni langit,sesungguhnya Allah telah membenci si Fulan, maka bencilah ia. ’Rasul SAW bersabda, ‘Kemudian mereka pun membencinya dan setelah itu kebencian baginya akan diletakkan di bumi.”

Sabda Rasulullah SAW yang berbunyi “dan setelah itu kebencian baginya akan diletakkan di bumi” adalah kalimat yang bermakna thalab (tuntutan/perintah). Hal ini dapat dimengerti dengan adanya dalalah al-iqtidha. Ini kerana terdapat orang yang mencintai kaum kafir, munafik dan fasik yang terang-terangan melakukan maksiat dan ia tidak membenci mereka. Maka kebenaran perkara yang diberitakan dalam hadis itu mengharuskan bahawa yang dimaksud dengan berita adalah tuntutan, seolah-olah dalam hadis tersebut Rasulullah SAW bersabda, “Wahai para penghuni bumi, bencilah orang yang dibenci Allah.” Dengan demikian hadis ini menunjukkan wajibnya membenci orang yang dibenci oleh Allah. 

Terdapat juga riwayat yang menjelaskan kebencian terhadap orang Islam yang menampakkan keburukan (secaraterang-terangan). Imam Ahmad, Abdur Razak dan AbuYa’la telah mengeluarkan hadis dengan isnad hasan, juga al-Hakim dalam al-Mustadrak, ia berkata hadis ini sahih sesuai dengan syarat Muslim. Dari AbuFaras, ia berkata, Umar bin al-Khathab pernah berkhutbah dan berkata, 

“Barangsiapa di antara kalian menampakkan suatu keburukan, maka kami pun akan mengiranya berperilaku buruk dan kami akan membencinya kerana kejahatan itu.” [Hizbut Tahrir, Min Muqawwimat al-Nafsiyyah al-Islamiyyah] 

Dengan demikian, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah termasuk sifat yang wajib dimiliki oleh seorang Muslim. Jadi, berdasarkan nas, kita dibenarkan, malah dituntut untuk marah dan benci sesuatu yang dibenci oleh Allah dan menyampaikan hal ini kepada orang lain agar ia melakukan hal yang sama. Justeru “menghasut” seseorang agar membenci apa yang dibenci (menyalahi) Islam, adalah dibolehkan dan begitulah sebaliknya. Dengan kata lain, benar atau salah sesuatu ucapan, tulisan atau perbuatan itu dari segi boleh membangkitkan kebencian terhadap orang lain, ia hendaklah dinilai dengan nas semata-mata dan bukannya dinilai menurut akal manusia atau menurut undang-undang yang dibuat oleh manusia.

Hak Dan Kewajipan Bersuara Menurut Islam

Sebagai Muslim, kita seharusnya melihat dan menilai sesuatu itu berdasarkan hukum syarak semata-mata. Sesuatu akan dinilai salah apabila bertentangan dengan syarak dan dinilai benar apabila bertepatan dengan syarak. Ini termasuklah soal kebebasan bersuara dan menghasut. Sesungguhnya Islam tidak mengenal kebebasan bersuara (freedom of speech) sebagaimana demokrasi. Dalam Islam, penganutnya “tidak bebas bersuara” kerana terikat oleh syarak. Seseorang Muslim tidak boleh mengucapkan sesuatu semahunya seperti ia tidak boleh mengucapkan kata-kata kufur, tidak boleh menghina orang lain, tidak boleh memfitnah, mengumpat, memaki hamun, berkata keji, lucah dan sebagainya, malah tidak boleh mengatakan sesuatu dengan niat menyakiti orang lain. Pendek kata, seseorang Muslim itu tidak bebas berkata-kata kerana “terikat” oleh syarak dan ia hanya dituntut untuk berkata-kata yang baik sahaja. Sabda Rasulullah SAW, 

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka berkatalah yang baik atau diam” [HR Bukhari]. 

Sesiapa yang berkata-kata dengan melanggar syarak, maka ia telah berdosa dan boleh dikenakan ta’zir. 

Seseorang Muslim malah diwajibkan membenci orang-orang yang mengucapkan atau melakukan sesuatu yang haram seperti di atas. Bukan sekadar itu, bahkan seseorang Muslim itu wajib memuhasabah pelaku maksiat terbabit dan tidak dibenarkan berdiam diri dengan kemungkaran yang ia dengar atau lihat. Sabda Rasulullah SAW, 

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman” [HR Muslim].

Merubah kemungkaran dengan lisan (ucapan) merupakan salah satu bentuk tuntutan atau dengan kata lain, berkata-kata benar dalam Islam bukan sekadar hak, malah menjadi kewajipan setiap Muslim. 

Sekiranya seseorang Muslim itu telah mengucapkan sesuatu yang baik dan hak (benar), termasuk mengkritik dan memuhasabah penguasa, ini tidak termasuk dalam kategori ucapan/hasutan yang diharamkan oleh Islam meskipun ucapannya itu dimarahi dan dibenci oleh penguasa dan ia ditangkap dan dihukum oleh penguasa kerananya. Rasulullah SAW malah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang mengucapkan kata-kata yang benar di hadapan penguasa yang zalim melalui sabda baginda, 

“Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berhadapan dengan pemerintah yang zalim, lalu dia mengingatkan penguasa tersebut (kepada kemakrufan) dan melarangnya (dari kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya” [HR al-Hakim]. 

Oleh itu, mengucapkan kebenaran di tengah-tengah masyarakat, walaupun menimbulkan kebencian dan kemarahan penguasa atau sesiapa sahaja, maka sesungguhnya hal ini tidak termasuk dalam kategori“menghasut” yang diharamkan.

Bentuk-bentuk Menghasut Yang Diharamkan

Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, mengatakan sesuatu yang diharamkan oleh Islam adalah suatu kesalahan dan dosa dan boleh dikenakan hukuman. Menghasut orang lain untuk melakukan keharaman merupakan kesalahan dan dosa yang lebih besar lagi kerana “kesan” yang diakibatkan oleh perbuatan tersebut lebih besar dan meluas. Oleh sebab itulah Syeikh Abdurrahman al-Maliki di dalam kitabnya, Nidzam al-Uqubat, di samping menjelaskan apakah kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam kategori menghasut, menyarankan hukuman yang berat kepada para penghasut sehingga ke tahap hukum bunuh untuk kes-kes pelanggaran syarak yang serius. Beliau menegaskan yang hukuman berat akan bertindak sebagai zawajir (pencegah) bagi kesalahan-kesalahan yang serius. 

Abdurrahman al-Maliki memberikan contoh bahawa syarak (hadis) telah menetapkan bahawa, jika dibaiah dua orang Imam (Khalifah) maka yang terakhir harus dibunuh, akan tetapi syarak tidak menetapkan hukuman bagi orang yang menghasut masyarakat dan mengumpulkan masyarakat untuk membaiah Imam yang kedua tersebut, setelah terjadinya pembaiatan Imam yang pertama. Sementara orang yang menghasut tadi bukanlah orang yang diangkat sebagai Imam bagi masyarakat. Oleh kerana itu, pengertian hadis tersebut  tidak boleh diterapkan pada orang yang bersangkutan kerana ia bukan Imam. Namun demikian, kejahatannya jauh lebih besar daripada orang yang dibaiah (Imam kedua) tersebut. Oleh itu, Khalifah boleh menetapkan hukum bunuh ke atasnya.

Begitu juga tegas Syeikh Abdurrahman lagi, bahawa Imam (Khalifah) boleh menetapkan hukum bunuh bagi orang yang menyerukan nasionalisme, baik nasionalisme Arab, Turki, Parsi atau Barbariah dan lain-lain. Imam juga boleh menjatuhkan hukum bunuh bagi orang yang mengatur dan menggerakkan masyarakat kepada nasionalisme, termasuklah menubuhkan parti atas dasar nasionalisme. Memang, dalam hal ini tidak ada nas dari al-Syari’ yang menetapkan hukuman tertentu bagi kes-kes seperti ini. Akan tetapi telah dimaklumi bahawa akibat dari hasutan dan propaganda nasionalisme adalah terpecahnya kesatuan Daulah Islamiyyah, bahkan terpecahnya kaum Muslimin itu sendiri. Dengan begitu, maka terhadap orang-orang yang menyerukan idea-idea semacam ini, Imam boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Demikian pula bagi orang yang menyerukan pemisahan negeri Islam dari tubuh Daulah Islamiyyah. Hal ini (hukuman bunuh) boleh difahami dari sabda Rasulullah SAW, 

“Barangsiapa mendatangi kalian dan memerintahkan kalian dengan maksud memecah-belahkan persatuan kalian atau memisahkan dari jamaah kalian, maka bunuhlah ia.”

Akan tetapi, perlu difahami bahawa hukuman ini bukanlah hudud, namun termasuk dalam kategori ta’zir, di mana untuk melaksanakannya diserahkan kepada (ijtihad) Imam. 

Lebih lanjut, menurut al-Maliki lagi, setiap orang yang melakukan aktiviti penyebaran ideologi atau pemikiran kufur di tengah-tengah kaum Muslimin, maka akan dikenakan ta’zir penjara antara 2-10 tahun. Hal ini jika orang tersebut adalah non-Muslim. Jika pelakunya seorang Muslim, maka kepadanya ditetapkan hukuman murtad, yakni dibunuh. Manakala setiap tulisan atau seruan yang mengandungi celaan terhadap salah satu dari akidah Islam, maka pelakunya akan dikenakan ta’zir penjara antara 5-15 tahun, jika pelakunya non-Muslim atau celaannya tidak sampai mengkafirkan pengucapnya. Namun jika pelakunya seorang Muslim dan jika celaan tersebut dapat mengkafirkan pengucapnya, maka ia akan dikenakan hukuman murtad (hukuman bunuh).

Masih banyak penerangan dan rincian lainnya yang dijelaskan oleh Syeikh Abdrurrahman al-Maliki di dalam kitabnya di atas berhubung kesalahan menghasut dan penyebaran atau propaganda yang menjadi kesalahan dan boleh dita’zir. Ringkasnya, menghasut yang menjadi kesalahan adalah meniupkan atau menyebarkan atau menyeru atau mengapi-apikan orang lain untuk melakukan apa sahaja yang diharamkan oleh Islam. Dengan demikian, menghasut orang untuk mengamalkan kebebasan (freedom), sekularisme, nasionalisme, patriotisme, liberalisme, pluralisme dan pelbagai isme lagi jelas merupakan kesalahan dan dosa. Begitu juga menghasut orang untuk mengambil, mengamalkan dan menyebarluaskan sistem demokrasi juga merupakan kesalahan dan dosa kerana ini semua merupakan hukum kufur yang haram ke atas umat Islam. Termasuk juga menyeru atau menghasut orang untuk mengambil pinjaman riba, insurans, saham dan lain-lain perkara yang diharamkan Islam, semua ini adalah kesalahan dan dosa. Orang yang melakukan kesalahan-kesalahan inilah yang sepatutnya ditangkap oleh pemerintah, dibicarakan dan dihukum jika didapati bersalah.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Desakan untuk menghapuskan Akta Hasutan adalah wajar, malah wajib dilakukan, kerana ia merupakan akta tinggalan penjajah. Namun, tidakkah kalian sedar bahawa banyak lagi akta lainnya yang juga merupakan tinggalan penjajah? Tidakkah kalian sedar yang Perlembagaan Persekutuan itu juga adalah tinggalan penjajah? Tidakkah kalian sedar yang sistem demokrasi itu juga adalah tinggalan penjajah? Semua itu adalah sistem dan undang-undang kufur tinggalan penjajah. Justeru, tidak ada gunanya menolak Akta Hasutan jika tidak menolak sistem demokrasi yang melahirkan akta tersebut. Selagi ada sistem demokrasi, ribuan akta lain yang lebih kejam dari akta yang sedia ada boleh dibuat oleh golongan yang memegang suara majoriti. Wahai mereka yang mempunyai mata hati! Campakkanlah keseluruhan sistem tinggalan penjajah dan kembalilah kepada sistem warisan Rasulullah SAW yang diwariskan kepada para sahabat dan kepada kita semua yakni sistem Khilafah. Campakkanlah hukum (undang-undang) tinggalan penjajah dan kembalilah berhukum dengan dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua, 

“Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat buat selama-lamanya, selagimana kalian berpegang teguh kepada kedua-duanya (iaitu) Kitabullah (al-Quran) dan Sunnahku”[HR Muslim]. Wallahu a’lam.

Hentikanlah Pertelagahan

Seruan Kepada Kumpulan Dan Puak Yang Bertelagah Di Iraq Dan Syam Hentikanlah Pertelagahan Kalian Kerana Sesungguhnya Amerika Mengeksploitasi Pertelagahan Kalian Untuk Campur Tangan Secara Ketenteraan Di Negeri Kalian
[SN396] Sepantas krisis yang berlaku di Iraq dan Syria, sepantas itulah juga ucapan Obama pada 18/8/2014 serta ucapan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel dan Martin Dempsey, Ketua Angkatan Tentera AS pada 22/8/2014 dalam satu sidang media mengenai strategi jangka panjang Obama untuk memasuki kawasan tersebut secara ketenteraan dan hala tuju AS dalam membentuk kerjasama antarabangsa untuk tujuan ini. Semua ini bermula kerana terdapat permintaan dari sebahagian ahli politik dan militer di kawasan tersebut agar AS masuk campur sebagai penyelamat!

Atas permintaan ini, tentera udara AS telah menjalankan operasi di Iraq dan rejim Syria juga telah memberikan isyarat agar AS turut campur tangan di Syria sepertimana di Iraq dan terus menerus menyeru AS dengan mengatakan AS melakukan double standard sekiranya tidak masuk campur di Syria!

Sesungguhnya AS yang dibenci oleh kaum Muslimin dan penduduk setempat dek permusuhannya yang nyata di Afghanistan dan Iraq serta serangan-serangan dronenya yang kejam di Pakistan dan Yemen itu, kini dilihat sebagai pihak yang baik, bahkan dialu-alukan agar campur tangan secara ketenteraan dengan penuh keredhaan! Ini merupakan keburukan yang lebih dahsyat dari campurtangan AS secara paksaan! Sesungguhnya seekor ular yang menyerang kalian dan kalian mempertahankan diri daripadanya adalah seribu kali lebih baik dari kalian membawa ular tersebut dengan tangan kalian ke dalam rumah kalian,lalu ular tersebut membunuh kalian dan anak-anak kalian serta semua yang ada di rumah kalian!! Mereka ini mencari cahaya dari api Amerika tetapi telah dikelabui oleh asapnya yang menjadikan mereka pekak dan buta.

Apakah sebenarnya situasi yang menimbulkan suasana kacau seperti ini? Apakah yang membuatkan Amerika begitu bersungguh-sungguh untuk campur tangan? Apakah perancangan yang telah diatur oleh mereka untuk tujuan ini? Apakah yang AS inginkan melalui campurtangan ini? Apakah yang menyebabkan sebahagian daripada puak-puak yang berada di situ tanpa segan silu menginginkan AS campurtangan di dalam kawasan mereka? 

Bagi para pengamat, mereka akan dapat melihat bahawa AS pada hakikatnya sedang mengambil kesempatan dari pertelagahan antara puak-puak di Iraq dan Syria ini. Puak-puak ini asalnya berjuang untuk menjatuhkan para pemerintah yang zalim dan mereka berjuang dengan rahmat Allah, namun setelah itu mereka mula bertelagah dan berperang sesama sendiri, bukan lagi berperang dengan pemerintah yang ingin mereka jatuhkan atau berperang dengan puak kafir imperialis! Meskipun begitu halnya, puak-puak ini tidak pernah bertanya mengapa semua ini berlaku? Dan apakah tujuan yang menyebabkan mereka sebenarnya keluar berjuang? Puak-puak ini juga tidak pernah bertanya mengapa mereka bertelagah semasa sendiri, sesama puak dan kumpulan yang ada? Mengapakah mereka bertelagah atas apa yang mereka miliki (kawasan yang telah terbebas dari pemerintah yang zalim) dan bukannya berjuang untuk membebaskan kawasan yang masih berada di tangan pemerintah yang zalim?

Wahai kaum Muslimin!

Kami dari Hizbut Tahrir menyeru kaum Muslimin dalam ISIS dan puak-puak bersenjata agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Mereka hendaklah berdamai dan tidak condong kepada orang-orang yang zalim agar mereka (kaum Muslimin) tidak disentuh api neraka…Kami menyeru mereka demi menjaga kemaslahatan kaum Muslimin. Sesungguhnya hati-hati kita merasa sedih dan terluka apabila melihat ISIS dan jamaah lainnya berperang sesama sendiri di mana masing-masing melaungkan takbir tatkala berusaha untuk menghancurkan yang lain. Kami menyeru kepada semua pihak dengan penuh kesedihan atas apa yang berlaku…dan kami tujukan seruan ini kepada mereka dengan penuh pengharapan:

Pertama; kepada ISIS, bertakwalah kepada Allah SWT atas apa yang kalian lakukan dan berhentilah membunuh sesama Muslim kerana sesungguhnya darah seorang Muslim itu amat mulia di sisi Allah. Tariklah kembali deklarasi Khilafah kalian yang tidak berjalan atas jalan yang benar. Jalan menuju Khilafah adalah suatu yang diketahui dengan jelas dan bukannya suatu yang kabur. Rasulullah SAW telah menjelaskan melalui sirah baginda jalan yang sangat jelas iaitu dengan melakukan thalabunnusrah (meminta pertolongan) terhadap mereka yang memegang kekuasaan dan kekuatan dalam sesebuah kawasan yang mempunyai tiang-tiang negara. Setelah itu, baiah diambil dari penduduk kawasan tersebut dengan penuh keredhaan dan pilihan (hak memilih). Namun begitu ISIS tidak melakukan sepertimana yang diwajibkan oleh syarak. Sesungguhnya suatu perbuatan yang tidak dilandaskan kepada hukum syarak akan membawa kepada pelbagai krisis dan fitnah dan akibatnya, berlaku pelbagai pertelagahan dengan puak-puak yang lain sehingga bentuk hubungan yang wujud menjadi hubungan darah (perang). Akhirnya, mereka yang datang dari seluruh pelosok negeri untuk berjuang bersama ISIS melepaskan diri darinya, bukannya terus bersama dengannya.. Kembalilah wahai ISIS dari kesilapan kalian kerana sesungguhnya menyedari kesilapan dan berlepas darinya adalah suatu yang lebih utama.

Kedua; kepada kumpulan militan lain yang meminta bantuan daripada AS, Barat serta ejen-ejennya - sesungguhnya meminta bantuan dari kaum kuffar imperialis itu bukan sahaja merupakan satu kesalahan/dosa, malah suatu yang merugikan dari sudut fakta.Bagaimana mungkin AS dan Barat membantu kalian, kecuali agar kalian menjadi ejen baru untuk mereka menggantikan ejen lama yang mereka angkat sebelum ini? Akal yang waras mengetahui bahawa hal ini umpama melompat keluar dari  kuali dan masuk ke dalam api. Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang cerdas??

Ketiga; kepada suku-suku, kepada para tokoh yang memiliki kehormatan dan dorongan Islami. Kalian merupakan golongan yang berkemampuan dan amat dihormati, oleh itu janganlah kalian menyokong mana-mana kubu yang bertelagah kerana mereka itu bukannya memerangi kaum kuffar imperialis. Meskipun mereka mendakwa bahawa mereka berjuang untuk menghapuskan pemerintahan yang zalim dan berusaha mengubahnya, hakikatnya mereka tidak berhimpun untuk menghadapi pemerintah zalim itutetapi mereka menghimpun perancangan mereka untuk berperang sesama sendiri. Oleh itu,peganglah mereka dengan sekuat-kuatnya, persatukanlah mereka dengan hidayah agar orientasi mereka menjadi orientasi Islam yang satu, iaitu menegakkan Khilafah Rasyidah di mana manusia berlindung di bawahnya dan tidak merasa takut…lalu mereka mencampakkan pemecahan dan pemisahan kawasan-kawasan dan tanah-tanah kalian…

Keempat;kepada orang-orang yang disebutkan Allah di dalam Al-Quran “kecuali orang-orang yang diberi rahmat olehTuhanmu” [TMQ Hud (11):119] iaitu mereka yang membenarkan janji-janji Allah ke atasnya dan berpegang teguh bahawa pertolongan Allah dan RasulNya akan datang dalam menegakkan Khilafah Rasyidah…kepada mereka yang menahan diri mereka daripada bertelagah dengan jamaah Islam yang lain dan terus berusaha untuk mencapai tujuan perjuangan mereka...tetaplah kalian di jalan kebenaran yang kalian ikuti. Janganlah kalian merasa terhiris dengan kata-kata mereka yang melihat kalian sebagai kumpulan yang kecil berbanding kumpulan dan puak yang tenggelam di dalam darah kaum Muslimin. Sesungguhnya jamaah yang kecil tetapi benar adalah lebih bernilai di sisi Allah berbanding jamaah yang besar tetapi batil. Sesungguhnya kesudahan yang baik itu adalah untuk orang-orang yang bertakwa. Firman Allah SWT, “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)” [TMQ al-Qasas(28):5].

Wahai Kaum Muslimin!

Hizbut Tahrir tetap konsisten menyeru kepada yang haq di atas jalan yang benar sejak 60 tahun yang lalu dan tetap berpegang kepada thariqah (jalan) Rasulullah SAW dalam mendapatkan nusrah bagi menegakkan hukum Islam di atas muka bumi tanpa terpesong walau sedikit pun. Hizb tetap konsisten di jalannya meskipun ada yang mengatakan bahawa thalabunnusrah ini merupakan jalan yang terlalu lama sedangkan menggunakan kekuatan dengan memaksa penerapan hukum ke atas manusia adalah lebih cepat dan singkat. Sesungguhnya mereka ini tidak sedar bahawa permasalahan utama bukanlah untuk mendapatkan pemerintahan, walau apa pun bentuknya atau menelusuri jalan, walau apa bentuknya, tetapi permasalahan utama yang harus diperhatikan ialah menegakkan Khilafah atas jalan kenabian melalui thariqah yang telah digariskan, diterangi dan disinari oleh Rasulullah SAW dengan wahyu daripada Dzat Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui. 

Jalan yang lain memang boleh membawa kepada pemerintahan dalam waktu yang singkat tetapi pemerintahan tersebut adalah pemerintahan yang rosak dan menyakitkan serta tidak diredhai oleh Allah, RasulNya dan kaum Mukminin. Khilafah yang akan didirikan bukanlah khilafah yang hanya ada pada nama tetapi Khilafah yang dimaksudkan adalah Khilafah yang aman dan menenteramkan, Khilafah yang mana manusia berhijrah kepadanya untuk mengecapi keamanan di bawah naungannya, bukan malah lari darinya dalam keadaan takut dan dizalimi. Khilafah ini akan melindungi kemuliaan manusia, harta bendanya dan rumahnya, bukannya menumpahkan darah dan merosakkan kemuliaannya, menghancurkan rumahnya serta merampas hartanya. Khilafah ini akan menebarkan kebaikan bukan hanya di negeri-negeri kaum Muslimin bahkan menyebarkan, melalui tamadunnya,kebaikan ke seluruh alam. Di dalam Khilafah ini, Muslim dan non-Muslim hidup aman sejahtera dan hak setiap mereka dijaga dengan penuh keadilan dan ketenteraman…

Sesungguhnya Hizbut Tahrir adalah pelopor dan tidak pernah membohongi sesiapa yang bersamanya. Hizb adalah dari kalian dan bersama dengan kalian di dalam seruan ini. Hizb menyeru setiap orang yang memiliki hati dan fikiran, yang mempunyai pendengaran dan bisa menyaksikan - agar menggandakan usaha untuk mengucapkan kalimah yang benar secara meluas, meskipun hanya dengan mengucapkan separuh dari kalimah tersebut. Sesungguhnya ini harus dilakukan bagi memberhentikan pembunuhan sesama sendiri, antara ISIS dan puak-puak serta suku-suku lain dalam jangka waktu yang masih ada ini - maka hentikanlah pertelagahan ini dan bersatulah di dalam satu saf untuk menghadapi campurtangan ketenteraan yang dirancang dan diketuai oleh AS. Hancurkanlah pakatan Barat ini dan keburukan yang mereka bawa sebelum terlambat. Ini adalah seruan yang ikhlas dan benar dengan izin Allah, yang kami serukan kepada mereka yang memiliki hati dan bagi mereka yang mendengar dan menjadi saksi. Sesungguhnya kalian akan memberikan kesan yang besar dalam membantu Islam dan kaum Muslimin dalam menolak perancangan kuffar imperialis. Adapun bagi mereka yang tidak mendengar dan tidak melihat, bagi mereka kami tinggalkan firman Allah yang Maha Gagah dan Maha Perkasa, 

“Sesungguhnya makhluk yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu yang tidak mengerti apa-apa pun” [TMQ al-Anfal(8):22]

28 Syawal 1435H
24 Ogos 2014M
HizbutTahrir

[Terjemahan artikel/seruan yang dikeluarkan oleh HizbutTahrir Pusat yang disebarkan di seluruh dunia amnya dan di Iraq dan Syam khususnya]

TAHNIAH KEPADA PEJUANG DEMOKRAS

KEMELUT MENTERI BESAR SELANGOR:
TAHNIAH KEPADA PEJUANG DEMOKRASI…DEMOKRASI MENANG, ISLAM KALAH!

[SN395] Krisis Menteri Besar (MB) Selangor nampaknya sudah menghampiri penghujung walaupun masih belum mencapai titik noktah. Tan Sri Khalid Ibrahim yang asalnya berkeras tidak mahu melepaskan jawatan walaupun telah dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), akhirnya akur bahawa beliau sudah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bermesyuarat pada 17hb lepas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan AzizahWan Ismail sebagai MB Selangor yang baru. Dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum itu telah membuat ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai MB, namun mesyuarat kepimpinan PAS baru-baru ini ternyata memutuskan sebaliknya. Bagi para pemerhati yang celik politik, kemelut yang sudah memakan masa berbulan itu tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat sedikit pun dan ternyata hanya berputar di sekitar kepentingan parti/individu semata-mata. Isu ini tidak lebih merupakan salah satu bukti bahawa demokrasi yang kononnya dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat sebenarnya adalah dari parti, oleh parti, untuk parti!

Bolehkah Perempuan Menjadi Menteri Besar?

Antara persoalan penting yang gagal diketengahkan oleh parti/gerakan Islam dalam isu penggantian MB Selangor ini ialah kedudukan wanita sebagai MB, adakah ia dibenarkan oleh syarak? Namun demikian, alhamdulillah perbincangan ini berlaku pada segelintir kaum Muslimin yang masih mempunyai neraca Islam dan alhamdulillah ramai yang berpendapat perempuan tidak boleh menjadi pemimpin berdasarkan hadis

“Sekali-kali tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang perempuan”. 

Malangnya ada pihak yang berpendapat sebaliknya dengan berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis tersebut secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya.Hadis yang dijadikan hujah itu mempunyai teks dan konteksnya yang tersendiri iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani dan jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh, kata pendapat itu lagi.

Pendapat tersebut sebenarnya telah terkeliru dari kefahaman hadis yang sebenar. Hadis tersebut sebenarnya berbicara tentang kedudukan anak perempuan Kisra yang dilantik sebagai raja yakni pemerintah/penguasa. Di dalam Islam, penguasa wajib lelaki. Tidak boleh (haram) dan tidak sah jawatan penguasa sekiranya dipegang oleh seorang perempuan. Hadis dari AbiBakrahra. yang berkata, ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa penduduk Parsi mengangkat anak perempuanKisra sebagai raja (penguasa) mereka, maka baginda bersabda, 

“Sekali-kali tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada seorang perempuan”[HR al-Bukhari].

Pemberitahuan Rasul SAW yang menafikan keberuntungan bagi orang yang menyerahkan urusan pemerintahannya kepada seorang wanita merupakan larangan menyerahkan urusan tersebut kepada wanita, kerana itu termasuk lafazthalab (tuntutan).

Hadis riwayat Bukhari ini menunjukkan bahawa Islam melarang dengan tegas perempuan menjadi penguasa negara. Sekalipun hadis itu datang dalam bentuk khabar (berita), namun kerana ia disertai dengan celaan (“tidak beruntung”) maka ini merupakan bentuk larangan. Adapun penggunaan lafaz“lan” yang menunjukkan pengertian selamanya (li al-ta’bid) ini benar-benar telah menafikan keberuntungan dari mereka yang menjadikan perempuan sebagai penguasa negara. Dengan demikian, ini menjadi qarinah (indikasi) yang menunjukkan tuntutan meninggalkan secara jazm (tegas) yang membawa maksud haram. Oleh itu, mengangkat wanita menjadi waliy al-amr(pengurus urusan pemerintahan) hukumnya adalah haram. 

Mengangkat wanita sebagai penguasa dalam pemerintahanbermaksud menjadikan wanita sebagai Khalifah (Ketua Negara) dan apa jua jawatan lain yang termasuk ke dalam jawatan pemerintahan. Ini kerana, objek pembahasan hadis tersebut adalah pengangkatan puteri Kisra sebagai raja, yang bererti pengangkatan tersebut khusus terkait dengan topik “pemerintahan”, bukansekadar menyangkut “peristiwa pengangkatan” puteri Kisrasemata-mata. Hadis tersebut tidak bersifat umum dengan mencakup segala perkara yakni ia tidak mencakup masalah selain pemerintahan. Dengan kata lain hadis tersebut tidak mencakup masalah pengadilan/perundangan, majlis syura dan muhasabah, memilih penguasadan lain-lain. Oleh itu, mengangkat wanita selain daripadajawatan yang terkait dengan pemerintahan,hukumnya jaiz (boleh).

Perlu difahami bahawa Islam membenarkan, malah mewajibkan perempuan berpolitik, sebagaimana lelaki. Namun Islam memberi batas tentang aktiviti politik perempuan, iaitu yang termasuk dalam aspek kekuasaan/pemerintahan. Dalam hal ini, apa yang dimaksud dengan aspek kekuasaan/pemerintahan adalah aspek pengaturan urusan umat yang dilakukan secara langsung dan menyeluruh seperti menjadi Ketua Negara, MuawwinTafwidh (pembantu Khalifah dalam urusan pemerintahan), Wali (ketua wilayah) dan Amil (ketua imalah – kawasan yang lebih kecil dari wilayah), QadhiQudhat (ketua qadhi) dan QadhiMadzalim. Kesemua jawatan ini merupakan jawatan pemerintahan atau yang terkait langsung dengan pemerintahan yang tidak boleh disandang oleh wanita.

Perlu difahami juga bahawa larangan Islam ke atas wanita untuk memegang jawatan-jawatan ini bukannya bererti Islam mendiskriminasi atau merendahkan martabatwanita, kerana tinggi atau rendahnya martabat seseorang itu adalah bergantung pada takwanya, bukan status atau jawatannya. Sejarah telah mencatat bagaimana para wanita di masa Rasulullah (para sahabiyat) melakukan aktiviti dan perjuangan politik bersama-sama Rasulullah dan para sahabat tanpa memisahkan barisan mereka dari barisan Rasul dan sahabat baginda. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh isteri-isteri Rasulullah dalam perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini serta dukungan mereka terhadap perjuangan Rasulullah, sesungguhnya merupakan bukti nyata bahawa mereka melakukan aktiviti politik dan mereka meraih kemuliaan di sisi Allah dengannya.

Selain pihak yang terkeliru dengan konteks hadis di atas, ada juga pihak yang menyatakan perempuan boleh menjadi pemimpin berdasarkan Al-Quran dalam surah al-Namlyang memuji Ratu Saba’ atau puteri Balqis.Kebijaksanaannya mengatasi menteri lelaki kerajaannya dan hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman. Ini adalah bukti kejayaan wanita menurut pendapat ini. Terdapat juga pendapat yang membolehkan wanita menjadi pemimpin yang disandarkan kepada perbuatan Umar Al-Khattabyang pernah melantik Syifa binti Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.

Kekeliruan pendapat di atas adalah kerana tidak memahami jawatan Syifa sebagai QadhiHisbah dan jawatan QadhiHisbah bukanlah jawatan pemerintahan atau jawatan yang terkait dengan pemerintahan. QadhiHisbah adalah qadhi yang bertugas memantau dan menyelesaikan perkara yang melibatkan hak-hak jamaah (orang ramai) dan ia bukanlah jawatan yang melibatkan pemerintahan, seperti halnya penipuan di pasar. Manakala kisah Ratu yang memimpin negeri Saba’ tidak boleh sama sekali dijadikan dalil kerana ia adalah syariat orang-orang sebelum kita (syar’u man qablana) yakni syariat umat terdahulu (sebelum umat Muhammad) yang bukan menjadi syariat bagi kita (laisa  syar’allana). Kisah Ratu Saba’ tersebut bukannya nas yang menjadi hukum ke atas kita atau dengan kata lain ia tidak boleh digunakan sebagai dalil dalam penetapan hukum syarak ke atas umat Muhammad. Hal ini sebagaimana syariat Nabi lain yang tidak berlaku bagi umat Muhammad, misalnya keharaman lemak lembu dan kambing bagi umat Nabi Musa, tapi bagi umat Muhammad (orang Islam) hukumnya boleh, larangan menangkap ikan pada hari Sabtu, membunuh diri sebagai taubat dan seumpamanya. 

Syar’u man qablanalaisasyar’allanakerana syariat sebelum kita itu telah terhapus sebagaimana firman Allah, 

“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadapkitab-kitab yang lain itu. Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang” [TMQ al-Maidah (5):48].

Setiap Nabi didatangkan dengan syariatnya yang tersendiriyang Allah telah tetapkan ke atas mereka. Setelah datangnya Islam, apa yang wajib kita ikuti ialah syariat Muhammad semata-mata manakala syariat umat terdahulu tetap menjadi ibrah (pengajaran) bagi kita sebagaimana firman Allah,

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal” [TMQ Yusuf (12):111].

Oleh itu, kedudukan Ratu Saba’ sebagai penguasa di zamannya bukan merupakan syariat bagi kita sehingga boleh dijadikan istidlal (sandaran dalil) bolehnya perempuan menjadi penguasa kerana yang wajib kita ikuti ialah syariat Nabi Muhammad SAW yang telah mengharamkan perempuan menjadi penguasa melalui hadis baginda. 

Adapun untuk jawatan-jawatan pemerintahan yang tidak termasuk wilayatulamri/wilayatulhukm(bidang kekuasaan), maka diperbolehkan bagi wanita untuk memegangnya seperti jawatan ketua Baitul Mal, ketua Jabatan Kesihatan, ketua Jabatan Pendidikan, ketua Jabatan Pertanian, Perdagangan, Dekan/Rektor Perguruan Tinggi, Pengetua Sekolah, Ketua Hospital dan sebagainya. Selain itu, perempuan juga boleh menjadi anggota Majlis Wilayah, anggota Majlis Ummah, QadhiKhusumat (qadhi yang menyelesaikan perselisihan antara rakyat) dan QadhiHisbah. Semua jawatan berkenaan bukanlah jawatan pemerintahan dan tidak termasuk dalam larangan hadis Rasulullah di atas. Adapun jawatan sebagai Menteri Besar, ia jelas termasuk dalam jawatan pemerintahan (di peringkat negeri) dan jawatan ini haram dipegang oleh wanita!Lebih dari itu, kita bukan sekadar menyatakan keharaman wanita memegang jawatan MB, malah mana-mana lelaki yang memegang jawatan yang sama juga tidak ada bezanya. Ini kerana, MB merupakan jawatan yang “disediakan” oleh sistem demokrasi, bukannya jawatan berdasarkan sistem Islam! Apa yang wajib menjadi pegangan kita ialah Islam semata-mata (100%) dan bukannya Islam yang dicampur adukkan dengan demokrasi!

Tahaluf Dan Peranan Parti Politik Dalam Islam

Peranan parti politik dalam Islam adalah untuk mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah SWT, 

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam) dan menyuruh kepada makruf dan  mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” [TMQ Ali Imran (3):104]. 

Inilah kewajipan parti politik/gerakan Islam. Malangnya, kewajipan ini sering dilalaikan oleh parti/gerakan Islam apabila mereka menjebakkan diri dalam demokrasi, malah acap kali apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya yakni menyeru kepada sistem kufur (demokrasi) dan melakukan amar mungkar nahi makruf. Demokrasi sering membutakan mata gerakan Islam. Keputusan berdasarkan majoriti dilihat sebagai keputusan yang baik dan Islami walaupun hakikatnya bertentangan dengan Islam. Segala-galanya mesti berdasarkan majoriti. Untuk melantik penguasa (termasuk Menteri Besar), maka “wajib” ikut suara majoriti dan untuk memecatnya juga wajib mengikut suara majoriti. 

Begitu juga dengan tahalufsiyasi dengan orang kafir dan orang sekular yang jelas diharamkan oleh Islam, namun tetap dimasuki oleh parti/gerakan Islam kerana demokrasi membenarkannya. Berkongsi kuasa dengan orang kafir juga diharamkan oleh Islam tetapi tetap sahaja dilakukan oleh parti/gerakan Islam kerana ia dibenarkan oleh demokrasi. Membenarkan, apatah lagi redha dengan orang kafir dan orang sekular menjadi penguasa yang mana kita tahu bahawa mereka ini sudah pasti tidakakan berhukum dengan hukum Allah, adalah diharamkan oleh Islam. Namun, demokrasi membenarkan semua ini. Justeru kita menyaksikan tidak sedikit parti/gerakan Islam yang terjerumus dalam demokrasi melakukan segala keharaman ini, malah mereka bergembira dengannya, apatah lagi setelah keputusan mengenainya dicapai mengikut suara majoriti. Hukum Islam sudah tidak lagi diperhatikan dan diganti dengan hukum majoriti. Maka tidak hairanlah berapa banyak dari parti/gerakan Islam yang bertahaluf dengan parti kafir/sekular yang asal nawaitunyaingin mengajak orang kafir/sekular mengikut petunjuk Islam, alih-alih, parti/gerakan Islam itu yang sebaliknya mengikut petunjuk sekutu mereka itu. Mereka bukan sahaja terus hanyut dalam keharaman, malah seolah-olah tidak sedar yang hal itu memakan diri mereka sendiri dan maruah perjuangan mereka telah tercalar dan tergadai dengannya. 

Sesungguhnya Islam mengharamkan wanita menjadi penguasa manakala demokrasi membenarkannya. Sama sebagaimana Islam mengharamkan riba manakala demokrasi membenarkannya. Islam mengharamkan judi manakala demokrasi membenarkannya. Islam mewajibkan penganutnya menutup aurat manakala demokrasi membenarkan aurat dibuka. Pendek kata Islam mengharamkan umatnya mengambil dan menerapkan hukum selain Islam tetapi demokrasi membenarkan segala-galanya. Semua yang diharamkan oleh Islam boleh dilakukan di dalam demokrasi kerana demokrasi berpegang kepada hukum majoriti. Apa sahaja yang diluluskan oleh majoriti, maka ia menjadi hukum yang wajib ditaati. Justeru, walaupun Islam telah mengharamkan wanita menjadi penguasa, namun oleh sebab demokrasi membenarkan dan jika suara majoriti telah memutuskan demikian, maka tidak ada apa (termasuk Islam) yang dapat menghalangnya lagi. Melalui hukum majoriti, demokrasi boleh dan sentiasa dapat mengalahkan Islam, termasuklah di dalam menyelesaikan kemelut MB Selangor ini. Maka untuk kalian wahai para pejuang demokrasi, sekalung tahniah diucapkan kepada anda kerana anda telah menang dalam perjuangan anda. Dengan demokrasi yang anda ambil, anda telah berjaya mengalahkan Islam! Seorang perempuan dapat menjadi MB atas nama demokrasi dan suara majoriti yang anda berhukum dengannya itu!

Khatimah

Kepada para pejuang Islam yang masih mempunyai walau secebis keikhlasan! Renungkanlah dengan penuh keimanan, bukan dengan kemaslahatan, sudah berapa lama kalian tertipu dengan demokrasi, namun kalian masih rela dipatuk dari lubang yang sama berkali-kali? Apa lagi yang kalian cari? Kalian inginkan Negara Islam, kalian ingin menegakkan agama Allah dan kalian ingin melihat rahmat Allah terpancar ke seluruh alam…dan kalian tahu bahawa kalian tidak akan dapat mencapai semua itu melalui demokrasi. Kalian tahu yang kalian tidak akan dapat meraih semua itu melalui jalan tahaluf dengan orang-orang kafir dan sekular. Cukuplah kalian cuba berpura-pura dan meyakinkan diri sendiri bahawa kalian akan berjaya. Sesungguhnya kejayaan adalah apabila kalian berjuang di jalan yang benar, jalan yang ditunjukkan dan diredhai oleh Allah dan RasulNya. Justeru, beralihlah kepada perjuangan Islam yang sebenar. Beralihlah kepada perjuangan menegakkan syariah dan Khilafah melalui thariqah (jalan) yang ditunjukkan oleh Nabi kalian. Itulah satu-satunya jalan yang benar.

Jihad dan Khilafah

PENYELESAIAN PALESTIN: JIHAD DAN KHILAFAH!!!

[SN394] Sudah lebih sebulan sejak entiti haram Yahudi melancarkan serangan tak berperi kemanusiaannya ke atas Gaza, Palestin. Angka kematian telah mencecah hampir 2000 orang manakala hampir 10,000 yang lain cedera. Kaum terlaknat itu seperti biasa, langsung tidak mempedulikan dan tidak menghormati bulan puasa mahupun raya, mereka juga langsung tidak mengendahkan kecaman dan kutukan antarabangsa ke atasnya, malah dengan penuh kesombongan, mereka berikrar untuk terus membedil Gaza dan melakukan kemusnahan secara besar-besaran. Ini dari satu sisi. Dari sisi yang lain, pemimpin dan umat Islam di seluruh dunia yang sedang memerhatikan masalah Palestin, membincang dan mengambil pelbagai langkah penyelesaian. Sudah sewajarnya bagi kita umat Islam memerhatikan hal ini dengan mendalam kerana masalah Palestin adalah masalah umat Islam, bukannya masalah orang Arab atau masalah rantau Arab semata-mata. Namun apa yang tambah menyedihkan adalah penyelesaian yang sering diperkata atau diambil oleh umat Islam adalah penyelesaian berulang yang hakikatnya tidak pernah menyelesaikan, baik di peringkat nasional mahupun internasional. Antaranya adalah:-

Perjanjian dan rundingan dengan Israel: Sudah berapa banyak rundingan dan perjanjian damai dengan Israel cuba dilakukan oleh pemimpin Palestin sendiri mahupun dari luar Palestin. Penyelesaian dua-negara (two-state solution) adalah antara yang paling masyhur dan paling banyak diusahakan. Seawal 1978 di mana Perjanjian Camp David telah dimeterai antara Anwar Sadat (Presiden Mesir) dan Menachem Begin (Perdana Menteri Israel) dengan Jimmy Carter (Presiden AS) sebagai orang tengah, bagi memberi hak kepada Yahudi untuk menduduki Palestin. Manakala pada 1993 pula, Perjanjian Oslo ditandatangani antara Yasser Arafat (Pengerusi PLO) dan Yitzhak Rabin (Perdana Menteri Israel) dengan Bill Clinton (Presiden AS) sebagai orang tengah, bagi mengukuhkan lagi pendudukan Yahudi di tanah Palestin. Selepas itu hingga kini, sudah tidak terkira pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh, sama ada pemimpin Palestin sendiri mahupun pemimpin Arab yang lain melalui kesepakatan dengan Yahudi dan Amerika dalam rangka menyerahkan tanah Palestin yang diberkati itu kepada kaum terlaknat itu.

Malangnya, berapa ramai dari pemimpin Islam, ulama dan umat Islam yang terus menyokong perjanjian khianat ini. Walhal hakikatnya, dari segi fakta, segala perjanjian ini tidak pernah menyelesaikan masalah Palestin, malah keadaan sering bertambah buruk dengan Israel yang selalu mencabuli perjanjian. Anehnya, walau sudah banyak kali terhantuk, namun para pemimpin Muslim ini tetap sahaja ingin menjalin hubungan dengan Israel dengan meneruskan perjanjian dan mengharapkan hasil yang baik dari perjanjian-perjanjian haram ini. Allah SWT berfirman, 

“Sesungguhnya Allah melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu, orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ Mumtahanah (60):9]

Mengharap bantuan Amerika dan PBB: Sering kali apabila melibatkan isu global umat Islam, maka Amerika dan PBB menjadi tempat menagih simpati, rayuan dan bantuan oleh pemimpin Muslim dan segelintir umat Islam. Pelik bin ajaib. Bagaimana mereka boleh tidak nampak bahawa Amerika dan PBB adalah musuh Islam dan umat Islam. Amerika adalah negara kafir harbi yang sedang memerangi umat Islam, baik secara langsung seperti di Afghanistan, Iraq dan Pakistan mahupun secara tak langsung seperti di Palestin. PBB pula adalah organisasi kufur yang di dominasi oleh Amerika dan kuasa kufur lainnya. PBB-lah yang melahirkan entiti haram Yahudi dan memastikan ia terus wujud hingga sekarang. Malah, sejak lebih enam dekad berlangsungnya krisis antara Palestin dan entiti Yahudi itu, sebanyak 87 resolusi dan perjanjian anjuran PBB untuk ‘menyelesaikan’ konflik dikeluarkan. Daripada jumlah tersebut, lebih 60 resolusi dan perjanjian dikenakan veto oleh Amerika Syarikat  kerana lebih berpihak kepada Palestin! 

Dari segi realiti sekalipun, sesungguhnya Amerika dan PBB tidak pernah dapat menyelesaikan masalah Palestin, malah sering memburukkan lagi masalah. Manakala dari segi hukum, Islam mengharamkan umatnya meminta bantuan dari organisasi/negara kufur. Firman Allah SWT, 

“Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan jalan (mengharamkan) orang-orang kafir menguasai orang-orang beriman” [TMQ an-Nisa’ (4):141]. 

FirmanNya yang lain, 

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” [TMQ Hud (11):113].

Mengharap bantuan OIC: Ada sebahagian umat Islam yang sedar dan sudah tidak mengharapkan lagi bantuan Amerika dan PBB, lalu mereka beralih mengharapkan bantuan OIC. OIC yang merupakan himpunan lebih 50 buah negeri kaum Muslimin diharap dapat menyelesaikan masalah Palestin dengan ‘kekuatan’ yang mereka miliki. Namun hakikatnya jauh panggang dari api. OIC ternyata ‘kuat’ dalam melakukan persidangan demi persidangan. Setiap kali Gaza di serang, OIC akan bersidang dengan gahnya, lalu mengeluarkan kecaman dan kutukan. Itulah kekuatan mereka, hanya handal bersidang dan mengeluarkan kenyataan. Tidak lebih dari itu! Jika dulu orang menyifatkan OIC sebagai Oh I see…dengan apa yang terjadi ke atas umat Islam, sekarang ia sudah bertukar kepada Oh I don’t see..! Inilah realiti OIC sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini yang terbukti hanya sebagai NATO (no action talk only)! Sesungguhnya OIC tidak lebih dari sebuah organisasi yang penuh pembohongan dan pengkhianatan ke atas umat Islam!

Boikot: Di antara penyelesaian yang famous dan bersifat sesaat yang sering dilaungkan ialah boikot. Setiap kali Palestin diserang, setiap kali itulah para ulama dan segelintir umat Islam menyeru agar memboikot barangan buatan Yahudi dan Amerika, malah ada sampai ke tahap mengharamkan produk kedua-duanya. Namun, seruan untuk memboikot ini hanya ‘panas’ ketika berlakunya serangan, itu pun hanya ke atas beberapa barangan terpilih sahaja, khususnya makanan. Sedangkan berapa banyak lagi barangan buatan Yahudi dan Amerika yang berlambak di pasaran seperti barangan elektronik, kenderaan, peralatan industri dan banyak lagi yang tidak sedikit pun diboikot. Akhirnya, ia hanyalah menjadi ‘penyelesaian’ emosi yang tidak ke mana. Yahudi tetap terus menyerang Palestin dan AS tetap terus membantu sekutunya itu tanpa terjejas dengan tindakan boikot sedikit pun. Malah segala dana dan peralatan perang mereka semakin bertambah dan semakin canggih dari masa ke semasa.

Anehnya, para ulama dan segelintir umat Islam yang memboikot barangan Yahudi dan Amerika, tidak pula memboikot produk negara lain yang juga turut membunuh umat Islam seperti Thailand. Beras, mempelam, durian, tomyam dan banyak lagi produk Thailand tidak pula diboikot, malah kesemua barangan tersebut sentiasa diguna dan dinikmati setiap masa. Begitu juga dengan China yang terkenal melakukan kekejaman ke atas umat Islam sehingga baru-baru ini tidak membenarkan umat Islam berpuasa, juga tidak diboikot produknya, sebaliknya semakin melimpah di pasaran dan banyak digunakan oleh orang Islam sendiri. Inilah masalahnya apabila penyelesaian bersifat emosi diambil, tanpa menyandarkannya kepada pemikiran yang benar, akhirnya ia hanya menjadi sebatasretorika tanpa membuahkan apa-apa hasil. Perlu difahami bahawa boikot boleh sahaja dilakukan, tetapi janganlah sampai ke tahap mengharamkan yang halal. Namun apa yang lebih penting ialah persoalan, adakah boikot boleh menyelesaikan masalah Palestin? Realitinya, tidak!

Solat hajat dan doa: Sebagai Muslim,sememangnya kita dituntut untuk berdoa kepada Allah SWT bagi meminta pertolonganNya. Namun, dalam masa yang sama kita juga dituntut untuk melakukan perbuatan (usaha/amal) untuk mencapai apa yang kita ingini, seiring dengan doa itu tadi. Tidak cukup dengan hanya berdoa, seseorang itu perlu beramal untuk mendapatkan sesuatu. Seseorang yang ingin berkahwin perlu melakukan usaha untuk mencari pasangan di samping berdoa kepada Allah untuk mendapatkannya. Seseorang yang inginkan anak perlu berusaha ke arah tersebut seiring dengan doa untuk mendapatkannya dan begitulah seterusnya. Pasangan, anak, makanan dan lain-lain tidak akan datang dengan sendirinya tanpa dilakukan usaha untuk mendapatkannya. Dengan kata lain, seseorang perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah, bukan hanya sekadar berdoa dan bersembahyang.

Begitu jugalah dengan masalah Palestin. Realitinya, tanah Palestin dirampas oleh Yahudi dan umat Islam di Palestin dibunuh oleh Yahudi dan dihalau keluar dari tanah airnya sendiri. Apakah cukup dengan doa sahaja untuk kita menghapuskan Yahudi, mendapatkan semula tanah Palestin dan menyelamatkan saudara-saudara kita di sana? Bukalah mata hati wahai umat Muhammad…Islam mengajar kita tentang hukum sababiyyah (sebab-akibat). Untuk menghasilkan akibat, maka perlu ada sebabnya. Untuk mendapat zuriat, maka kita perlu berkahwin, untuk mendapat rezeki, maka kita perlu berusaha, untuk mengalahkan musuh, maka kita perlu berperang. Hatta Rasulullah sendiri pun berperang untuk mengalahkan musuh, walhal Rasulullah adalah kekasih Allah yang doanya akan pasti dimakbulkan oleh Allah SWT. Namun, Rasulullah tetap melakukan hukum sababiyah (berperang untuk mengalahkan musuh) di samping berdoa kepada Allah SWT agar menurunkan pertolonganNya.  Inilah yang dituntut oleh Islam ke atas kita. Justeru, solat hajat dan doa boleh sahaja dilakukan, namun ia perlu diiringi dengan tindakan yang boleh menghasilkan apa yang kita doakan.

Bantuan dan misi kemanusiaan: Bantuan dan misi kemanusiaan seperti menghantar doktor,  sukarelawan, ubat-ubatan, wang, pakaian, kain selimut, makanan, bahan binaan dan lain-lain merupakan satu usaha murni bagi membantu penduduk Gaza dan Insya Allah usaha yang dilakukan dengan ikhlas akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Namun, kembali kepada persoalan mendasar yakni apakah segala bantuan dan misi kemanusiaan ini dapat menyelesaikan masalah? Jawapannya sudah tentu tidak. Fakta berbicara dengan sendirinya bahawa sudah berapa banyak bantuan dan misi kemanusiaan yang dihantar ke Palestin, namun masalah terus berulang, malah semakin parah. Sudah tidak terkira jumlah wang, ubat-ubatan dan bahan binaan yang dihantar ke Palestin, namun Gaza terus dimusnahkan, rumah-rumah dan masjid runtuh berantakan, kematian terus meningkat dan serangan Yahudi terus meningkat. Akhirnya kitaran ini berpusing-pusing tanpa henti. Perlu difahami bahawa segala bantuan ini adalah perlu, tetapi poinnya di sini, masalah tidak juga selesai. 

Penyelesaian Tuntas

Apakah sudah tidak ada jawapan tuntas untuk menyelesaikan masalah Palestin? Apakah Allah SWT menurunkan agamaNya yang benar lagi suci ini tanpa menurunkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh penganutnya? Jika ada, apakah yang tidak kena dan di manakah silapnya sehingga masalah Palestin tidak pernah selesai sehingga kini? Sesungguhnya masalah Palestin tidak akan dapat diselesaikan selagi penyelesaian wahyu tidak diambil. Sesungguhnya masalah Palestin mestilah dilihat dari dua aspek, yakni aspek mangsa dan aspek pemangsa. Segala penyelesaian yang disebutkan di atas hanyalah melihat kepada aspek mangsa sahaja, tanpa melihat kepada aspek pemangsa. Ya benar, mangsa (warga Palestin) perlu dibantu dari segala aspek kemanusiaannya. Namun yang lebih penting dan lebih utama dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan melihat kepada aspek pemangsa (Yahudi). Pemangsa ini perlu, malah wajib dihapuskan. Jika tiada pemangsa, maka sudah pasti tidak akan ada mangsa. Jika sudah dihapuskan serigala, maka Insya Allah kesemua kambing akan selamat. Inilah sifirnya yang cukup mudah dan jelas. 

Maka, satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah Palestin adalah dengan menghapuskan pemangsa (entiti Yahudi) dan satu-satunya jalan untuk menghapuskan entiti Yahudi ini adalah dengan jihad fi sabilillah! Inilah penyelesaian wahyu ke atas masalah Palestin. Palestin merupakan tanah umat Islam yang dirampas oleh Yahudi. Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kita yang sedang diperangi oleh Yahudi laknatullah. Maka, perang wajib dijawab dengan perang! Yahudi mesti diperangi, saudara-saudara kita mesti diselamatkan dan tanah Palestin mesti diambil kembali. Kesemua ini mesti dilakukan dengan jihad fi sabilillah! Firman Allah SWT, 

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhir dan mereka yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan RasulNya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (iaitu orang-orang) yang telah diberikan Kitab, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].

Sesungguhnya banyak lagi ayat-ayat jihad yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas kaum Muslimin dalam rangka memerangi musuh-musuhNya, musuh RasulNya dan musuh kita semua. Persoalannya, ke atas siapakah taklif (bebanan hukum) untuk melakukan jihad ini? Umum sudah maklum bahawa wajib ke atas setiap Muslim untuk berjihad mempertahankan diri dan agamanya apabila ia diserang (jihad difa’i). Adapun jihad untuk memulakan/melancar serangan (jihad ibtida’i), maka taklifnya adalah terkena ke atas pemerintah (Ketua Negara). Taklif jihad ibtida’i ini tidak terkena ke atas individu mahupun pertubuhan/parti Islam. Taklif ini adalah khusus ke atas pemerintah. Hal ini berdasarkan tindakan Rasulullah (sebagai Ketua Negara) yang telah melancarkan banyak jihad dalam rangka menyahut perintah Allah SWT. Begitu juga dengan para Khulafa’ Rasyidin yang melakukan perkara yang sama. Jika pemerintah tidak melakukannya, maka ia telah melakukan dosa besar dan menjadi kewajipan pula ke atas Ketua Tentera (para panglima) untuk mengingkari pemerintah ini dan seterusnya melancarkan jihad atas kapasitinya sebagai tentera. Ini kerana tentera mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk berjihad di samping fakta dan hukum syarak bahawa tentera adalah pihak yang memang dilatih dan ditaklif untuk berjihad di jalan Allah.

Ingatlah wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya tanah Palestin yang diberkati itu telah dibuka oleh Umar al-Khattab dengan jalan jihad. Kemudian ia dibebaskan pula oleh Sallehuddin al-Ayubi juga dengan jihad. Maka untuk kita membebaskan tanah Palestin yang kita cintai ini sekali lagi, sudah pasti jihad jualah jalannya. 

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Inilah satu-satunya penyelesaian wahyu yang benar dan praktikal untuk masalah Palestin. Namun malangnya, kita melihat pemerintah dan tentera tidak bergerak dan tidak melakukan apa-apa! Alangkah besarnya dosa yang mereka pikul atas kelalaian mereka ini! Justeru, wajib bagi setiap individu dan pertubuhan Islam untuk melakukan muhasabah ke atas pemerintah dan tentera dalam hal ini. Mereka wajib diingatkan akan taklif dan tanggungjawab mereka untuk berjihad di jalan Allah. Dalam masa yang sama, wajib bagi setiap individu dan pertubuhan Islam untuk berjuang menegakkan Negara Islam (Khilafah) yang mana dengan adanya Negara Khilafah, Insya Allah, Khalifah selaku Ketua Negara akan mengisytiharkan jihad, bukan sahaja ke Palestin, malah ke seluruh dunia bagi membebaskan umat Islam yang sedang ditindas, seterusnya mengalahkan musuh-musuh Islam dan sekali gus membuka (futuhat) negeri-negeri baru bagi memasukkan cahaya dan petunjuk Allah di dalamnya sehingga cahaya dan petunjuk itu terpancar menyinari setiap penjuru alam, Insya Allah.

Sunday, 10 August 2014

Muslim Tatar

Krisis Ukraina: Muslim Tatar Berada Dalam Acamanan Kekerasan Etnis di Bawah Pemerintahan Separatis Baru di Crimea


Bagi orang yang mungkin menjadi orang yang pertama yang akan dibawa di bawah todongan senjata jika orang-orang yang baru di sini berhasil mendapatkan kekuasaannya, Fazil Amazayev, bertindak sangat tenang. Menurutnya, tindakan tersebut “akan menyatukan semua umat Islam di sini;, mereka akan menjadikan kami semua sebagai musuh”.
Amazayev adalah anggota senior Hizbut Tahrir, organisasi politik Islam yang legal di Ukraina. Namun, di antara pernyataan pertama yang dibuat oleh Perdana Menteri separatis baru di Crimea dan kepala keamanan yang telah ditunjuk adalah bahwa “HT adalah organisasi teroris berbahaya ” yang harus ditangani.
Hizbut Tahrir telah disalahkan di banyak negara dan dianggap mempromosikan radikalisme, namun militansi kekerasan yang disebabkannya sulit ditemukan di Ukraina. Dan ketakutan untuk menjadi target sektarian tidak hanya terbatas pada aktivis di kalangan rakyat Tatar : banyak kalangan masyarakat yang tinggal jauh dari pusat-pusat kota di mana warga berbahasa Rusia terus bergerak, dan ada pula yang pergi ke bagian lain negara.
Amazayev mengatakan dia yakin bahwa rakyat Tatar di Crimea tidak akan membiarkan dirinya dan orang lain dari kelompoknya diambil oleh kepala keamanan yang baru, Petr Zima, yang dipromosikan dari jabatan sebelumnya di Sevastopol, yang merupakan tempat dari Armada Laut Hitam Rusia. ” Zima membangun reputasi di Sevastopol untuk melakukan serangan, dengan menuduh orang-orang terlibat dalam ekstrimisme. Namun, jika dia mulai melakukan serangan itu sekarang, dia akan membuat kesalahan besar. Rakyat di wilayah [Tatar] itu, Mufti dan Majlis  mengkritik kami di masa lalu, tapi sekarang kita semua menghadapi musuh bersama. Dan, jika mereka mulai menganiaya kami, kami tahu bagaimana cara bertahan hidup, kami telah melakukannya di Suriah, Mesir, Libya, Tunisia. ”
Namun demikian, Amazayev mulai sangat berhati-hati, dengan tidak keluar dari kota asalnya, Bakhchisarai, tempat bersejarah masjid di mana kaum Muslim merupakan populasi yang cukup besar. “Saya kira tidak akan aman bagi saya untuk melakukan perjalanan, tidak pada saat ini, ” katanya.
Semakin besar masyarakat Tatar adalah berselisih dengan penduduk nasionalis Rusia atas isu pemisahan dari Ukraina. Pemerintahan baru Crimea yang dipimpin Sergei Aksenov menyelenggarakan referendum mengenai masalah ini, dan membuka jalan untuk pemerintahan oleh Moskow – seperti kutukan bagi rakyat Tatar yang dideportasi dari wilayah ini, secara massal  ke Siberia dan wilayah stepa di Asia Tengah oleh Stalin pada akhir Perang Dunia kedua.
Pada hari ini Pemimpin Republik Rusia Tatarstan tiba di Crimea. Namun, banyak yang menganggap Rustam Minnikhanov sebagai utusan Kremlin yang dikirim untuk membujuk Majlis untuk mengubah kebijakannya menolak untuk mengakui pemerintahan separatis Crimea baru. “Dia bukan seseorang yang kami pandang sebagai pelindung, ” kata salah satu pejabatnya.
Perasaan berada di bawah ancaman telah menyebabkan terbentuknya kelompok-kelompok pertahanan diri di lingkungan rakyat Tatar : tumbuhnya prevalensi ketakutan pada rakyat yang telah hidup damai secara keseluruhan dengan orang-orang dari Rusia dan Ukraina sejak mereka kembali dari pengasingan di tahun 1990-an.
Ketegangan saat ini muncul dengan cepat. Suatu demonstrasi menentang pemisahan diri ini menarik 10.000 orang dari komunitas Muslim terbesar Ukraina untuk turun ke jalan-jalan di ibukota Krimea, Simferopol, pekan lalu. Ada teriakan ” Allah Akbar” dari sekumpulan kecil orang Tatar yang melakukan protes untuk menentang para pembicara Rusia dan mengeluh mereka diintimidasi.
Tidak terjadi tindak kekerasan yang serius pada kedua kelompok atau polisi, tetapi dua orang dilaporkan tewas dalam desak-desakan kerumunan massa yang berkumpul di luar parlemen negara.
Pada malam itu bangunan parlemen diambil alih oleh orang-orang bersenjata berbahasa Rusia di balaclava. Keesokan harinya, tentara Vladimir Putin mulai mengambil alih lokasi-lokasi strategis. Segera saja jumlah sebenarnya dari mereka yang tewas dalam demo itu menjadi empat atau enam orang. Semua korban itu, diklaim sebagai orang-orang Rusia yang dibunuh oleh orang-orang Tatar.
Kumpulan orang-orang  di jalan segera mengerumuni keluarga korban, dan melewati orang-orang Tatar dan melakukan pelecehan terhadap mereka. Adem Suleymanov segera pulang di malam hari itu melalui Simferopol di Lenin Square ketika dia didatangi oleh tiga pemuda yang mengenakan pita oranye dan hitam dari dari pasukan militer Rusia di St George.
“Mereka datang sambil mabuk. Mereka menuntut agar saya memberikan uang untuk keluarga mereka yang meninggal. Hal itu saya lakukan, ” kenangnya. “Kemudian salah seorang dari mereka hendak memukul saya mulai berteriak ‘ Mengapa anda ingin membunuhnya?” Dan kemudian dia mulai menendang saya. “Suleymanov dikerumuni oleh para penyerangnya di patung Lenin dimana Majlis menuntut patung itu harus ditarik dan diganti dengan sebuah taman yang mencerminkan perdamaian dan persatuan di antara bangsa-bangsa yang berbeda di Crimea.
Suatu “pawai untuk perdamaian” dilakukan di Bakhchisarai oleh Liga Wanita Tatar Crimea. Pawai itu berjalan melewati para preman nasionalis Rusia yang membentuk barisan di depan markas Ukraina yang dikelilingi oleh pasukan Moskow. “Saya tidak suka tentara asing menduduki negara kami, ” kata Aliya, 25 tahun. ”
Sambil duduk di balkon dan menonton pawai dan tentara Rusia, Rifat Ibrahimov,  75  tahun berharap bahwa kejadian masa lalu tidak terulang kembali. “Saya masih sangat muda ketika kami dipaksa pindah dari sini pada waktu itu dan saya berusaha melupakan sebagian hal-hal buruk yang terjadi itu, terutama setelah kami kembali ke rumah. Tidak, saya tidak ingin melihat hari-hari seperti itu terjadi lagi.”, katanya.